Thursday, July 8, 2021

PHOTO DIARY #25/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku bersiaran di pejabat, walaupun Selangor PKPD tapi boss suruh jugak datang pejabat. Tapi kecewanya takde pun kerja yang perlu aku uruskan, cuma kerja remeh yang kerani atau orang lain boleh buat, sedih dengan mentaliti boss yang macamni. Tak fikirkan kebajikan pekerja 

Semalam hari yang sedih buat kami di pejabat, salah seorang kawan pejabat kami meninggal dunia kerana covid. Arwah M. Fauzi bin Abdullah masuk ke HKL pada 29/6/2021 dan meninggal dunia pada 7/7/21 jam 3.14 petang. Sedih sangat sebab kami memang tak jangka dia tewas kerana covid, beberapa hari sebelum meninggal dia ok je, masih boleh whatsapp kami dia tak masuk icu pun tapi semalam pagi tiba-tiba dia kritikal dan pergi bertemu Penciptanya. Dia antara orang paling ceria dalam pejabat, antara orang paling lama kerja di pejabat ini. Banyak kenangan pahit manis antara kami. Al fatihah buatmu sahabat

malam tadi kami adakan bacaan yassin 


usai bacaan yassin dah tahlil

mata bengkak menangis dari semalam petang, masa buat bacaan Yassin pun laju je mengalir airmata



semalam petang pun redup je... 


gambar kenangan raya tahun 2014, 3 orang dalam gambar ini dah meninggal dunia. 3 orang kawan pejabat aku dah pergi tinggalkan kami semasa berkhidmat sedihnya. Gambar ini kenangan terindah kami

11 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah tempat kan arwah bersama orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
    Alfatihah buat arwah M. Fauzi bin Abdullah
    Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan golongan yang beriman. Aaaminn...

    ReplyDelete
  3. salam takziah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. aamiin.. =(
    dh sampai ajal dia kan.. bahaya betol covid ni!

    ReplyDelete
  4. salam takziahutk arwah opismate dana...


    tp mmg ada bos yg tk phm bila soh dtg keje tu time pkpd ni..:( smoga kita smua dilindungi

    ReplyDelete
  5. Takziah... Moga bagi baik saja

    ReplyDelete
  6. Salam takziah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

    ReplyDelete
  7. INNALILLAHHIWAINNAILAIHHIROJIUN...TAKZIAH KPD KELUARGA

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah

    ReplyDelete
  9. Memang takut tenguk kes kobit kat Selangor ni
    harap2 cepat redanya

    ReplyDelete
  10. semoga arwah di tempatkan bersama org yg beriman.
    now bila dgr berita kematian dek covid, sedih kan :(

    nasib baik la bos aida amat prihatin dek kes covid berlambak di melaka.
    dia memang marah kalau ada yg masuk ofis tanpa maklumkan dulu.
    dia galakkan semua buat secara online, dana.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...