Monday, July 26, 2021

DURIAN DURIAN DI EZYDURIAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari pejabat sebab dah mula kerja untuk 8 jam.Buat pertama kali ini sejak PKP 3.0 aku pakai baju kurung lagi ke pejabat huhuhui, bersorak baju kurung dan tudung dalam almari tu wei.

Ini aku nak cerita beberapa minggu lepas aku ada gunakan khidmat ezydurian untuk pesan isi durian timbang kilo. Ini lah bahananya terpengaruh masa tengok di IG pasal isi durian yang memacam gaya. Aku pun cuba lah beli, korang pergi je ke IG dia ezydurian nanti isi lah borang yang diberi untuk pilih nak durian jenis apa. Rambang mata semua rasa nak beli, sedia duit je tapi aku pilih yang mampu milik lah. Bagi aku durian dia ok, isi cantik, harga kira berpatutan penghantaran pun kira ok sebab dia akan hantar 2 jam lepas kita buat pesanan. Kalau kita dapat durian yang rosak atau bukan durian yang kita beli boleh isi borang untuk refund duit. 

Aku beli sekali durian balik pulau, kampung kahwin sebab rasa puas hati beli kali kedua durian kampung kahwin dan black thorn pula, nak rasa konon nya

ini aku lupa durian apa.. 

Ini durian kampung kahwin

ini durian balik pulau... 

geram lahai

biji kepet


Nak cuba rasa blackthorn... beli 500g je tapi harga pun dah huhuhuui 

pembelian kali kedua kampung kahwin


black thorn warna dia lawoooo 

ini pulak budak yang tak makan durian, tapi untung jugak mama papa jelah  yang dapat makan puas-puas heheheh

24 comments:

  1. ha'ah lawa betul warna durian blackthorn tu. Puas hati makan walaupun harga hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rege dia tu memang boleh buat kepala botak hehehe... tapi bagi akak sedap lagi musang king

      Delete
  2. geram lahaiii tengok isi duriannya..cantik kaler nya, confirm sedap tuuuu

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bekerja di Office kak dana. Trend sekarang jual durian dalam bekas. Harga pun bukan biasa biasa kan. Sediakan duit je macam kata Kak Dana. Tapi kira untung sebab nampak isinya semua elok je. Untung gila isi tebal biji kepet je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalah keje tak opis bosan, kerja pun takde sangat kawan opis takde sunyi seremmmm... itulah sekarang sediakan duit je kalau teringin layan durian nya...

      Delete
  4. selamat bekeje kak dana.. rindu nk berbaju kurung g keje.. huu..

    wahhh durian! elok isinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah setelah sekian lama baju tu tak berusik, selalu pergi kerja dengan tshirt dan jeans je

      Delete
  5. Hehe harga kayangan tu dana..tp kalau mampu apa salahnya..setahun sekali ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bolehla kak, ye setahun sekali kan bukan selalu

      Delete
  6. Salam, isinya tebal, biji kecil, tentu sedap.. Nampak mudah dengan ezydurian, thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap, tapi durian kampung pun tetap best

      Delete
  7. Sampai hari ni blom dapat layan Black Thorn lagi....kat Seremban ni macam takde dan harga pun nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah black thorn tu sebab tingin kononnnya tapi harga memang yahudi kak

      Delete
  8. Sesekali makan durian harga mahal sikit hehehe.
    Kita geng lah aiyan, tak makan durian :D

    ReplyDelete
  9. wow sedapnya durian nati nk cuba ode juga

    ReplyDelete
  10. Wow, cantik durian black thorn tu. Akak belum cuba lagi. Durian balik pulau pun boleh tahan, isi tebal juga. Sama Aiyan dengan anak-anak akak, takde yang makan durian. :)

    ReplyDelete
  11. dia boleh hantar sampai ke johor tak? sedapnya!

    ReplyDelete
  12. sedapnya lahai..craving pula kak ^_^

    ReplyDelete
  13. sedapnya durian.. akak x beli lg durian kt sini.. sini masih lg harga kayangan.. hihihi

    ReplyDelete
  14. Wah banyak jenis!! Lama tak makan durian.. ada je nampak orang jual tepi jalan.. tapi belum berkesempatan nak beli

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...