Assalamualaikum semua,
Resepi ini aku dapat di youtube dari Indonesia yang aku suka ikut. Dia suka kongsi resepi ringkas dan mudah ini antaranya. Bagi aku menarik dan bila dah siap hasilnya memang puas hati tau. Cara buatnya pun senang dan hasilnya mantap, sebab tu aku kongsikan di sini.
Bahan-bahan:
5 biji kentang sederhana, rebus dan lenyek halus
1 1/2 - 2 cawan tepung jagung ( kalau lembik boleh tambah)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun kucai (boleh guna daun apa pun)
Minyak
Cara Masak:
- Dalam kentang lenyek tu masukkan garam, lada sulah dan daun kucai gaul hingga sebati
- Masukkan tepung jagung, gaul lagi hingga sebati dan boleh di bulatkan lepastu ambil adunan, gelek biar rata dan potong memanjang, goreng dalam minyak panas hingga keperengan.
- Siap boleh makan dengan sos cheese atau sos cili
Kita campurkan 4 bahan ini dulu ya |
Lepas kita campurkan tepung jagung |
kita gelek jangan nipis sangat tau |
potongla ikut suka saiz besar mana |
goreng dalam minyak panas hingga keperangan tau |
ini percubaan pertama, tepung sikit sangat tak jadi lepas dah tambah tepung baru helok |
Dah siap... bila tengok ni rasa macam nak buat lagi lah |
close up sikit... ranggup tau |
Rupa dalam nya... |
wah simple n sedap tu
ReplyDeleteya betul tu kak, simple dan sedap makan lak masa tengah panas best
DeleteSedapnya
ReplyDeletecuba jangan tak cuba
DeleteMenariknyaaaaa. Kentang ada macam onz je nak try ni
ReplyDeletesila cuba ya nanti
Deletekena lebihkan tepung ye baru cantik..thanks for the tips! Boleh cuba :)
ReplyDeleteWah mula lenyek kentang lepas itu baru gelek doh buat jejari kentang. Boleh cuba.
ReplyDeletewahh sedapnya buat jejari kentang sendiri
ReplyDeletedoa selepas solat
menyambut kelahiran bayi
aqiqah anak
hukum ziarah kubur pada hari raya
doa aqiqah
Bestnya goreng macam ni kak. Boleh cuba nanti ni. Rangup rangup tu sedap tu
ReplyDeletesemalam baru anak2 kak ana tonton kat Village Cooking depa nak buat resepi ni Dana hehe.. boleh lah try versi Dana ni :)
ReplyDeleteSedapnya Dana…fries buatan sendiri. Lebih istimewa..ada hirisan daun.
ReplyDeleteMacam nak try buat jugak.
Hai asyik makqn yg sedap2 ja..bertambah tembam la aiyan..rajin mak nya cuba resepi baru..
ReplyDeleteWah sedapnya!! Nak try juga la nanti!
ReplyDeleteCantiknya! Senang nak buat ye Dana.
ReplyDeleteAwsalamualaikum Dana
ReplyDeleteWawww sedap ni, nanti nak cubalah
Ni Aiyan tentu suka banget
ReplyDeletesedap nyer nah...simple je nk bt..
ReplyDeleteNampak senang jer kan..tp kena try and error macam akk buat karipap tu
ReplyDeletemakan panas2 ni asikkkk ni
ReplyDelete