Thursday, July 29, 2021

PHOTO DIARY #28/2021

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam tak sempat buat entri dek kerana dari pagi dah sibuk. Sedar-sedar dah tengahari petang aku ada temujanji vaksin. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku vaksin dos pertama semalam, Edy pulak jumaat ini.

Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.


Minggu lepas ni teringin nak makan kek mentega yang biasa, buat jugakla

Jadilah bagi aku hehehe lembut, saja tambah warna biar nampak menarik

Edy ada beli ikan keli, goreng dalam AF dan buat masak lemak cili api

Isnin aritu hari pertama kerja 8 jam, rajinla.pakai baju kurung kalau tidak jeans dan tshirt je

Belikan dia topi boboiboy...

2 topi sekali... suka lah dia

Kelmarin minta Edy belikan kepak madu, sedap gaya sabah dia punya sos memang best

Halus je bunga ros oren ni... 

Pagi semalam tolong jagakan budak ni sebab maktek dapat vaksin pagi

Tempat vaksin yang sama dengan maktek cuma dia pagi, aku petang

Cantik adik sukarelawan ambilkan gambar

Tengahari tak lalu nak makan, sudahnya malam tu kebulor.. masak maggi kari jelah

Balik dari vaksin singgah beli tepi jalan, 3kg RM 20 kira oklah jugak

19 comments:

  1. alhamdulillah dh vaksin dapnya buahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega kak dah dpt vaksin walaupun baru dos pertama

      Delete
  2. Akak semalam 1st day keja 8 jam dana... penatnya alahai.. lama sgt berehat kt umh kot.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itulah kan kak, kat rumah penat jugak tapi lain sebab bila-bila boleh rehat

      Delete
  3. Alhamdulillah dah dapat vaksin 1st dose. Lepas vaksin kalau boleh nak rehat je kan sampai tak berselera makan. Maggi juga yang cepat masak. hihi. Sedapnya kek mentega tu kak. Comel bunga ros tu warnanya cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa macam dos pertama ok je kot, tak tau lah dos kedua nanti camne gaya nya

      Delete
  4. Alhamdulillah, tahniah dah dapat vaksin :) tergoda dengan gambar terakhir ni, sedapnyaaaaa manggis :P

    ReplyDelete
  5. Elok pakai baju kurung nanti lama pula tersimpan dalam almari.
    Memang cantik warna kepak ayam madu. Tengok pun rasa hendak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak berusik baju kurung dalam almari tuh...

      Delete
  6. Lama x pakai baju2 kurung he hee
    hari2 akak skrg pakai bj muslimah je takyah gosok

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju kurung dana pun banyak jenama sabella jenis tak payah gosok kak, cuma gosok tudung je hehehe...

      Delete
  7. Tahniah kak dana dah vaksin. alhamdulillah. bagus la ada sukarelawan boleh amikkan gambar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya alhamdulillah... aah memang ramai betul sukarelawan kt UTAR tu tak risau kalau boleh sesat atau tersalah tempat

      Delete
  8. Sedapnya kepak ayam madu tu...

    Alhamdulillah dah settle vaksin dos pertama..

    Comelnya bunga ros tu.. cute!!!

    Banyak juga tengok orang jual manggis ni. Dah sampai musimnya ni

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak makan ikan keli. Kalau balik kampung mesti beli ikan keli. Di LD memang tak jumpa ikan keli.

    ReplyDelete
  10. Tahniah dah dapat 1st dose vaksin
    Sukala Aiyan dapat topi

    ReplyDelete
  11. Tahniah dah vaksin...nasib xde effect demam cuma lenguh tangan je kan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...