Monday, July 12, 2021

KELEDEK UNGU

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya 2 minggu lepas ada dapat keledek ungu dari jiran selang sebuah rumah. Mula-mula aku ingatkan yang kulit ungu dalam kuning tapi dalamnya ungu pekat. Cantik

Beberapa hari aku tak masak apa pun keledek tu. Sampaikanla jiran tu bagi bubur cha cha dengan 3 jenis keledek, cantik dan baru aku perasan isi keledek tu. Petang tu aku bakar sikit tapi tak dapat sambutan. Sudahnya aku rebus keledek, lenyek 3 biji dan jadikan donat dan roti. 

Jiran bagi bubur chacha baru aku perasan warna dan texture keledek tu

Bakar dalam air fryer... 

Aku pakai hentam je masa buat donat ni... 

Mujurla jadi

Goreng boh gula halus

Bulatkan, aku buat donat tanpa lubang

Lepas di goreng sebelum bagi jiran
Buat roti sikit bakar dalam air fryer

Letak inti kacang merah

Kebetulan ada tetamu datang

Tengokla tuam rumah, rupa ada dia baring kat sofa

17 comments:

  1. Jarang jumpa keledek ungu ni, Dana. Nampak sedap, Dana buat roti dan letak inti kacang merah dalam. Dulu pernah makan fries ungu dekat Nando's. Selalu fries dari kentang, tapi ni dia guna sweet potato purple. Sedap juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... pelbagaikan sebab warnanya cantik, buat fries pun sedap sebab keledeknya lembut lemak

      Delete
  2. Haah cantik warna.
    Tapi belum pernah jumpa lagi keledek ungu.

    ReplyDelete
  3. pernah nampak keledek ungu cuma akak x leh makan kan sebab tu x hirau sangat kehadiran dia

    ReplyDelete
  4. kegemaran ni. dulu aku buat kuih angku, keledek ni takda guna pewarna. suka makan stim je. kdg2 buat bubur caca campur keledek oren dan tepung pulut bulat2 + biji sagoo

    ReplyDelete
  5. cantik ja keldek ungu sedap rasanya

    ReplyDelete
  6. Keledek ungu warnanya memang cantik kan Dana. Bonda selalu pesan, kalau nak buat pewarna makanan gunakan air rebusan keledek ungu.

    ReplyDelete
  7. buat keria pun cantik ni.. rare.. akak penah buat sekali guna keledek ungu bawak balik dr kundasang

    ReplyDelete
  8. Jarang nampak keledek ungu fresh selain kerepek. Cantik warnanya tu. Sedap gak buat donut tanpa lubang. Ada rasa original keledek.

    ReplyDelete
  9. cantik sgt ungu di dalamnya, Dana!
    kagum aida sekejap.

    ReplyDelete
  10. aida pernah buat keria dgn keledek ungu.
    wow sgt warnanya. lain la dari keledek oren tu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...