Assalamualaikum semua,
Nasib aku masih ingat lagi hari ini jumaat, PKPD buat otak aku kadang blur 😳. Kes semalam 8868 di Selangor je 4000 😳😳😳,tak tahu bila akan berakhir semua ini. Hospital semakin padat, rakyat semakin tersepit, frontliners semakin penat tapi ramai yang pentingkan diri terutama yang ada kuasa. Di hari jumaat ini marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua diberi kekuatan berjuang melawan masalah ini.
Maaf teremosi pulak, aku dah lama nak cuba masak kuih ini tapi aku takde keberanian. Takut tak jadi 🤭 tapi aku cuba jugak kebetulan ada durian kat rumah. Ini percubaan pertama ni tau ,rupa agak buruk sikit. Bila dah siap hasilnya memang best, sedap lemak manis.
Bahan-bahan:
LAPISAN PULUT
2 1/2 cawan beras pulut, rendam sekurangnya sejam
2 1/2 cawan santan cair, 1 cawan santan kotak 1 1/2 cawan air
Sesikit garam
2 helai daun pandan, simpul
Sedikit minyak
LAPISAN DURIAN
1 cawan isi durian
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula ( boleh tambah kalau suka manis)
Sedikit garam
Cara masak:
LAPISAN PULUT
- Toskan beras pulut tadi campurkan dengan semua bahan gaul hingga sebati.
- Dalam 1 loyang lapiskan dengan plastik, dan masukkan beras pulut tadi yang telah kita gaul ke dalam loyang untuk kita kukus selama 30 minit.
- Selepas 30 minit keluarkan lapisan pulut, buang daun pandan carik-carik pulut dan gaul biar sebati semua lepas itu ratakan dan padatkan lapisan pulut untuk kita lapis dengan lapisan durian.
LAPISAN DURIAN
- Kisarkan semua bahan untuk lapisan durian hingga sebati.
- Masakkan adunan lapisan durian dengan api kecil hingga naik wap kecil lebih kurang 3 ke 5 minit, sentiasa kacau adunan
- Tuang adunan ke atas lapisan pulut yang kita telah ratakan tadi dan kukuskan untuk 40 minit.
- Tunggu sejuk baru kita potong, gunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak.
Lapisan pulut, gaul hingga sebati |
Masukkan dalam loyang yang dilapis dengan plastik dan kukus |
Sementara tunggu lapisan pulut masak kita kisar bahan untuk lapisan durian |
Masak sebentar dengan api kecil, sentiasa kacau tau |
Pulut dah masak, kita ratakan |
Masukkan lapisan durian dan kukus lagi |
Dah siap, sejukkan dia |
Ada kukus kat bekas kecil sebab pulut dan lapisan durian banyak sangat nak isi dalam loyang |
Bila lapis dengan plastik senang nak buka.. wow nasib jadi |
Kasi potong dia , nasibla jadi sama rata |
Bila lama terperap asyik terlupa hari dan haribulan je. normal dah tu. Sedapnya seri muka durian. Puas makan buat sendiri.
ReplyDeleteEntah bila hendak turun bawah 4000?
ReplyDeleteNasib baik jadi.
jadi tu kak, akak buat apa semua nampak senang je, kalau saya buat...hampeh hahaha
ReplyDeleteWah..tahniah..jadi je tu ha....mesti sedap ni
ReplyDeleteha, menjadi nampaknya, cantik je seri muka durian tu. saya tengok pun rasa terliur.
ReplyDeletesama2 doakan covid ini terangkat dan kondisi menjadi bertambah baik..
sedapnya serimuka durian...pernh beli bila smp je buka kotak..semerbak bau durian
ReplyDeleterajinnya dia
ReplyDeletemusim durian wajib la ada serimuka durian ek
nasib la akak x mkn kalau idak mau mintak sepiring he hee
Elok je kak dana rupanyaaaa. Nampakkk sedapp! Tengok kak dana buat seri muka ni, teringin nak makan seri muka jugakk tapi tak ada duriann hehehe
ReplyDeleteelok kejadiannya sedap terbai serimuka durian dana...terbau enaknya
ReplyDeleteyelah, wak kadang2 hari dan haribulan pun dah lupa.
ReplyDeletetapi makan tak lupalah terutama kalau sedap macam seri muka durian ni.
waaaa org dah buat memacam dgn durian, aku blm lagi tgk bayang2nya. dpt imijin, ni mesti sgt sedap durian pulut kan
ReplyDeleteSedihnya apabila memikirkan angka covid-19 semakin mencanak naik. Nak buat macamana lagi, segala usaha dan ikhtiar sudah dilakukan. Dia dan tawakl jugalah akhirnya kita kan Dana.
ReplyDeleteSedapnya seri muka durian!
bertabah la org selangor.
ReplyDeletefamili aida di selangor, dana, risau :(
aida pun tak boleh ke sana. sedih...
weekend ni nak buat seri muka pandan, dana.
kebetulan, ada beras pulut.
then dok fikir nak buat pulut kuning for pagi raya, in shaa Allah.
makan dgn rendang daging.