Friday, July 2, 2021

RESEPI JEMPUT-JEMPUT UDANG

 Assalamualaikum semua,

Esok bermula PKPD bersasar di Selangor harapnya kes akan turunla, tapi selagi kilang masih lagi buka seperti biasa rasanya susah nak turun.

Hari ini aku nak kongsi cara aku masak jemput-jemput udang. Aku suka buat saiz kecil-kecil dan kentang kene ada banyak. Makan panas-panas memang layan.

Bahan-bahan:

10 ekor udang, potong 4-5 ikut pada saiz

500g tepung gandum

3 biji kentang, potong memanjang nipis

1 batang lobak merah, potong memanjang nipis

1 biji bawang besar, potong dadu

Segenggam kucai, potong sedang

1 biji telur

serbuk kunyit

Garam

Air

Cara Masak:

- Campurkan semua bahan kacau perlahan hingga sebati, jangan pekat sangat atau cair sangat sedang-sedang je.

- Gorengkan dengan api sedang, biar kentang betul-betul masak.

- Dah masak hidangkan dengan sos cili... 

Campurkan je semua... 

Rupa gini bila dah sebati sebelum di goreng

Aku tak suka tambah baking powder suka gaya gini je

Memang layan

32 comments:

  1. Dah bubuh telur sebiji, tak yah bubuh baking porder. Sedap tu, lembut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, dana tak minat kalau boh baking powder bila buat cucur kecuali cekodok pisang

      Delete
  2. Elok juga letak sayur dalam jemput-jemput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput udang kalau tak boh sayur tak lengkap kak

      Delete
  3. Meriahhhh jemput jemput udang kak dana, banyakkkk sayur sayurnya! Puas hatii kalau makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kenyang sebab ada kentang banyak hehehhe

      Delete
  4. Sedapnya dana..kena pulak ada yeg o atau kopi o kaw2 punya..minum ptg2

    ReplyDelete
  5. Nanti cubalah kentang campo udang. Selalu kalau udang mami letak Daun kucai/sup je. Kalau ikan bilis br letak kentang.

    ReplyDelete
  6. Wah, memang layan ni. Cucuq udang, pastu buat pulak air kopi. Peh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gu sangat tu kak kopi o panas atau teh o panas

      Delete
  7. Kalau akak suka cicah sos pencicah kelantan tu.. pedas2 manis.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos pencicah tu dah habis stok kat rumah kak, itu sos cili je

      Delete
  8. ptg2 layan jemput2
    somi akak memang suka ni

    ReplyDelete
  9. jemput jemput ni mmg favourite dari kecik. ada orang makan jemput udang cicah kuah kacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau cicah kuahkacang, tapi tak rajin pulak nak buat kuahnya heheheh

      Delete
  10. wow terliur mandangnya nk seketoi

    ReplyDelete
  11. sedap sgt ni, dana.
    akak 3-4 hari sekali, goreng cekodok.
    just lom pernah lagi inti udang.
    paling kerap, inti ikan bilis hi hi hi...
    tu yg paling ada stok kat rumah.
    baik sarapan mahupun minum ptg, dana, cekodok gini sesuai, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak buat sarapan boleh minum petang pun layan... mudah pun iya

      Delete
  12. Sedap jemput jemput macam ni. Segala macam ada dalam tu. Makan ni masa sarapan boleh bawak kenyang sampai tengahari.

    ReplyDelete
  13. sedapnya tengok kak dana oii terliur kite

    ReplyDelete
  14. Sedap..akak biasa buat jugak..cumanya akak letak mauripan sikit satu sudu kecik..biar kembang dulu tepung yang bancuh tu baru campur semua bahan...letak tepung jagung skit bagi dia rangup

    ReplyDelete
  15. Masha Allah tergodanya tengok udang dia. dah lama tak makan sejak PKP berzaman ni 😋
    singgah baca dan follow. salam kenal :)

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaaa.... Teringin la plak memalam ni . Huhu

    ReplyDelete
  17. Memang best bila campur udang.. Tapi tak pernah campur carrot.. kalau kentang tu memang feveret..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...