Tuesday, July 20, 2021

SALAM AIDILADHA SEMUA

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya korban... tahun ini rasanya kelaut betul mood raya. Nak pakai baju raya dan bergambar pun takde. Mulanya fikir malas nak masak juadah raya, tapi kesian lak orang dalam rumah ni. Dalam malas-malas semalam masak jugakla ketupat segera, pagi tadi masak rendang ayam, masak nasi tomato dan buat acar mentah. 

Bagi juadah ke rumah jiran terdekat sikit. Nak rasa raya kan, Aiyan pun sibuk je tanya kenapa takde orang datang beraya, sudahnya suruh Maktek datang jugak rumah beraya heheheh.

Masak juga nasi tomato

Ringkas je kan

Rendang dan nasi impit bagi pada jiran

Ini untuk jiran sebelah

Dia sibuk nak ikut hantar juadah ke rumah jiran

Suka dia dapat naik motor keliling rumah

Dapat brownise

Jiran-jiran bagi pelbagai juadah

Nasi impit buat juga wajib

Adik ipar bagi lemang dan rendang daging, geng ajk apartment yang bagi

Ini je tetamu kami

Juadah pun ringkas je

14 comments:

  1. Selamat menyambut aidil adha buat Dana sekeluarga.
    Di mana-mana pun suasana raya nampak sepi.Apa boleh buat. Terpaksa akur SOP, korban jiwa dan raga.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidil ada buat kak dana dan keluarga!
    Sedapnyaaaa nasi himpit dengan brownies tuuu, lama dahh tak makannn.
    Eh ingatkan yang tiga ekor bawah meja tu pun tetamu jugak hahahaha.
    Kucing ke tu kak dana yang dalam almari tuuu? Nampak macam ekor kucing tapi takut silap tengok hahahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Dana sekeluarga. Saya pun mula mula malas jugak tapi gigih jugak masak rendang. Sedapnya nasi tomato kak Dana masak. Rezeki dikongsi bersama jiran jiran. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama
    Selamat menyambut raya qurban
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. mujur maktek dkt ya bolehla beraya dgn adik beradik kan

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya ! wah meriahnya ... sedapnya brownies tu !

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Samalah tiada mood semalam. Blogwalking pun ke laut juga.
    Nasi tomato itu nampak berwarna-warni dengan kismis banyak.

    ReplyDelete
  8. Ngancamnya menu dia. Salam Aidiladha buat kak dana sekeluarga

    ReplyDelete
  9. fuhhh meriahnya dapat banyak makanan. Brownies pun sedapppp

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, ada juga menu raya Dana sediakan, walaupun ringkas.
    Akak langsung takde. Tapi dapat juga merasa rendang, ketupat dan lemang, orang sedekah. :)

    ReplyDelete
  11. seronok berjiran..msg2 tukar juadah :)
    salam Aidiladha kak dana :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...