Friday, April 25, 2025

RESEPI KORDIAL MULBERI

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini paling best, aku suka sebab mudah dan sedap. Masa maktek balik dari kampung aku kirim dengan dia buah mulberi sebab nampak banyak betul buahnya. Bila dapat tu memang banyak ada dalam setengah kilo kot ke lebih. Mula nya perancangan asal nak buat kordial lepas tu nak jadikan jem tapi tersilap langkah. Malam tu malas pulak nak kisar mulberi tu, jadinya kita jadikan kordial je dengan ada buah sekali. Sedap masam manis.

Bahan-bahan:

500gm buah mulberi

10 biji buah beri biru

6 sudu gula

3 cawan air

Cara masak:

- Cuci dulu buah mulberi, rendam dengan air yang dah letak sedikit garam untuk 10 minit. 

- Masukkan dalam periuk  kecil, mulberi, beri biru, gula dan air. 

- Masak untuk 20 minit.

- Sejukkan dan simpan dalam peti ais.

- Bila nak buat air, campur je dengan air sejuk dan ais.







habiskan beri biru yang dah nak kering

Masa ini dah lembut dah

Tapi malam tu dah penat sangat jadi malas nk kisar, lepastu esok pun malas... jadi kita simpan je semua

sedap kordialnya tau... cantik warnyanya

ada sebijik-sebijik mulberi, sedap masam manis

16 comments:

  1. wah cordial mulberi homemade gitu...yummyyy

    ReplyDelete
  2. dijamin selamat kalau buat sendiri..btw kecur air liur tgok buah mulberry tu..dah masak sangat warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang merah lagi jadi sesuai la masam manis

      Delete
  3. Nampak pun sedap...lagi-lagi bila sambil minum dapat nguyah buah dia tu...

    ReplyDelete
  4. waaahhhh bestnyaaa homemade mmg best lah!

    ReplyDelete
  5. kat rumah mertua saya banyak mulberi ni... boleh try..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya letak ice sejuk je tekak.

    ReplyDelete
  7. Selama ini saya tak terlalu suka buah ini sebab masam. Tp kalo dijadikan minuman memang lah nampak segar, apalagi kasih es. Cocok diminum saat cuaca panas 😍😍. Nanti nak coba buat juga kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang dah warna hitam tu manis yang masam kalau warna merah lagi. Tapi memang sedap untuk dicuba.

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...