Assalamualaikum semua,
Antara kesan lepas kene vaksin, hidung tersumbat yang teruk. Penuh dah tisu lepas hembus tetap juga tersumbat, seksa nak nafas dengan mulut. 🤧🤧🤧
Tadi masa nak pergi vaksin hujan sepanjang jalan, masa balik terkena hujan pun salah satu sebab hidung tersumbat ni. Jomla kita layan cerita bergambar.
|
Beli kibbles saiz besar 7kg, tapi diaorang pulak tak berapa suka makan... aduhla |
|
Entah sejak bila dia suka makan kacang tanah sebab seronok boleh kopek sendiri kulitnya |
|
Ini aku yg suka tapi ... |
|
Rosak kuku nak kopek dia, pakai sudu jelah selamat sikit |
|
Langit cerah tengahari kelmarin... tapi dalam pukul 2 petang hujan mencurah |
|
Aku ambil gambar ni pukul 12.30 tengahari kelmarin, masa ni pun cahaya matahari belum sampai dekat tepi rumah ni. Selalunya pukul 1 lebih atau pukul 2 petang baru kene |
|
Tertanya-tanya siapa beri sejadah ini , rupanya adik ipar bagi sempena hadiah hari lahir... |
|
Beli tempoyak dengan kawan , 1 bekas ini RM10 |
|
Pagi tadi maktek hantar Ecah minta aku jagakan sebab dia nak dapatkan vaksin, dia waktu pagi |
|
Alhamdulillah ulam pegaga dah nampak makin subur walaupun duduk bawah |
|
Alhamdulillah dah lengkap 2 dos vaksin pfizer, kami 4 beradik dapat ambil vaksin tarikh yang sama |
|
Petang tadi lalu belakang rumah, penuh berkabus yelah hutan kan belakang ni |
|
Ini aku pesan petai dengan kawan kat kampung |
|
Nak mudah makan rambutan, guna troli gini |
|
Rak yang aku tunggu akhirnya sampai... ada 3 barang lagi jnt masih hutang dengan aku |
|
Minta Edy dan Aiyan tolong kopek petai.. |
|
Adalah dalam 10 papan ni, aku beli dengan kawan 30 papan mabuk petai... dia jual murah betul memang berbaloi |
Alhamdulillah dan tahniah dah di vaksin. Leya oun dah settle 2 dos. Syukur tiada kesan sampingan.
ReplyDeleteAlhamdulillah... tinggal tunggu lps 14hr pulak ni
Deletewak dh kurang makan kacang cap tangan camtu.,. xleh nk hadam nnti., huhuhu
ReplyDeleteNgape wak tak boleh hadam? Takpe wak kita layan kacang tumbuk
DeleteAlhamdulillah dh setel 2 dos ya...petai tu kalau dibuat jeruk pun sedap lan
ReplyDeleteAlhamdulillah lega rasa kak, petai jeruk dana tak reti makan kak
DeleteMoga sihat segera ye, dipermudahkan urusan lepas vaksin ni.. Amin... Tahniah dua dos.. Hehe..
ReplyDeleteAmin, terima kasih
DeleteSemalam cuca mendung sahaja.
ReplyDeleteLain pula simptom Dana hidung tersumbat. Bagusnya adik-beradik dapat tarikh sama.
Haha akak kira berapa ekor jumlah kucing Dana ada.
Aah hujan sepanjang jalan pergi dan balik tu kak... kebetulan kami dapat tarikh sama semua senang nak ingat. Agak-agak beraoa ekor semuanya kak?
Deletemusim hujan pokok2 tanaman segar ja xyah siram rehat ya dana sat ja demam lps vaksin
ReplyDeleteBukan pokok je kak rumput lagi segar bugar
DeleteTahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi
ReplyDeleteAlhamdulillah wak, akhirnya
DeleteAlhamdulillah tahniah lengkap dah 2 dos. Sedapnya petai fresh2 tuh.
ReplyDeleteItulah lega dah setel... petai banyak tu tengah pikit nak masak apakah
Deletesedap nya pistacious tu dana hehe :)
ReplyDeleteBesarnya mata petai! Dapat murah pula tu. Bolehlah masak degan tempoyak ye Dana.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah setel dah cucuk vaksin, saya lusa baru cucuk second dose, nervous gakkkk >.<
ReplyDeleteSaya pun suka makan pistachio tuuuu tapi samalah, nak kopek kulit dia memang sakit kuku, memang guna garfu je hahaha.
Jenuh juga nak suruh dorang habiskan kibbles kalau dorang tak suka sangat. Suka kacang pistachio lagi. Tapi itulah sakit kuku dibuatnya. Kulit keras gila. Sekarang tengah musim sejuk. Berkabus rasa macam dok tanah tinggi. Cantik rak pasu bunga tu kak dana. Berbaloi kalau beli petai murah. isi pun cantik tu. Alhamdulillah dah dapat 2 dos. Menunggu tempoh lengkap pulak.
ReplyDeleteTahniah Dana dah settle 2 dose...bleh la geng ngan Pak Zain...dia suka beli petai...tadi pun akak masak sambal petai
ReplyDeleteTengok semua gambar tu, paling den suka - dapat tengok dak Aiyan. Bila lagilah dapat jumpa agaknya..
ReplyDeleteMurah la tempoyak RM 10 her. Bahaya gak pistachio ni kena hari2 masa buka. Akak guna Gigi je Dana x guna kuku
ReplyDeletesyok ayan makan kacang ye hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah kak dana..Tahniah! selesai dua dos :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lengkap 2 dose
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah dua dos..
ReplyDeleteBesar-besar mata petai tu.. memang puas hati..