Thursday, August 12, 2021

PHOTO DIARY #29/2021

 Assalamualaikum semua,

Sekarang dah mula musim hujan semula di Kuala Lumpur dan Selangor. Sejuk je tiap pagi kalau nak ke pejabat, mula lah liat sikit nak bangun kan. Tapi kalau hari kerja memang kena bangun awal untuk masak. Hari ini aku masak nasi lemak je, kira menu sarapan hingga tengahari untuk Edy dan Aiyan kat rumah.

Oklah jom kita layan cerita bergambar ye kawan-kawan.

Beli roti boom frozen, helok kejadiannya makan gitu je tak cicah apa pun sedap

Anak jiran sebelah dia memang suka tengok kucing kat rumah ni, peminat cik Teh kalau kucing lain dia tak suka sangat 

si Ginger 2 ni manja pulak dengan si Aiyan selalu dia sejenis pendiam dan suka sendiri je

Benda paling seronok bila 2 beranak ni datang `dolan` ke rumah kami

Malas masak, tapi tak tau nak makan apa sudahnya aku suruh Edy bungkus roti telur double bawang... tebal macam murtabak 

selasa pagi buat aktiviti berkebun, tukar pasu bunga ros

dah tukarkan pindahkan bunga dan tukar ke pasu yang lebih besar

Sambil tu ada beberapa pasu lama yang banyak rumput aku bunga je tanahnya... tapi tulah bersepah lah depan rumah... masa ni sakit pinggang dah aku

Edy sibuk dok potong tangkai rambutan, mak mentua yang poskan rambutan kat kami

Mak ngah menayang hasil tuaian kat kampung... jelesnya tengok timun tu

bungkusan rambutan dari mentua di kerteh

mentua poskan buat Edy dan adiknya di Kuala Lumpur, kami dua keluarga je yang merantau kerja jauh dari Terengganu

adik aku tunjuk koleksi bunga ros emak... 

Dalam masa selang beberapa hari je mak tambah lagi 4 pokok bunga ros, terpengaruh dengan aku lah ni heheheh tapi dia lagi best tanah luas memana boleh letak

14 comments:

  1. so sweet la peasnan penaja kt kotak tu dana.. seronok lah ayyan mkn rambutan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah adik ipar yang tulis tu, aiyan tak reti makan rambutan kak heheheh

      Delete
  2. bestnya bila dapat kirimana dari kampung kan...adik akak suaminya dan anak sulungnya positive dah...x tau nak kata apa..diorang x leh kelua rumah..akak transfer duit je kat dia untuk dia survive sementara tempoh kuarantin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki dr kampung... moga suami n anak buah SA diberi kesembuhan, risaunya nk tolong susah kan. Oklah boleh jugak orderkan food panda atau transer duit je

      Delete
  3. Ehe ada peminat cilik Cik Teh.
    Alhamdulillah dapat rasa rambutan dari kampung.
    Cantik tersusun pasu ros rumah emak Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang-petang dia suka tengok kucing, semua bersidai depan grill...

      Delete
  4. bestnya baca dan lihat photo diary kak dana :)
    shida singgah sini jenguk kak dana..sihat ke kak?

    ReplyDelete
  5. Roti boom tu memang manis dah kan kak dana? Tak payah cicah apa pun memang sedapp dahhh.
    Famous la cik teh, sampai anak jiran pun suka dekat dia hahaha

    ReplyDelete
  6. Roti boom tu nampak begitu menyelerakan..garing..

    ReplyDelete
  7. Tayang-tayang bunga ros ye... lawa-lawa bunganya!
    Rambutan tu...banyaknya! Ngences tengok.

    ReplyDelete
  8. Lawo2lah bunga rosenya.
    Pokok manja ni, nak kena belai setiap hari

    ReplyDelete
  9. Dulu kan, kat pasar karat sec13 ada 1 roti bom yang sedap sangat. Tapi dah lama tak nampak roti bom tu. tapi craving.

    ReplyDelete
  10. Cik Teh ada peminat tu. Melawan nampak masing masing tambah koleksi pokok bunga rose. Jeles betul kat kampung tanah luas kan mana mana boleh tanam. Semua hidup elok je

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...