Friday, August 20, 2021

RESEPI BINGKA DURIAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah masih demam selsema lagi ni. Harapnya hari ini beransur ok, hidung pun dah tak tersembat lagi tidur pun lena alhamdulillah. 

Aku nak kongsi resepi bingka durian, sekarang kan masih ada lagi durian hujung-hujung. Jadi kita buat jadi bingka... layan tau kesedapannya.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

11/2 cawan isi durian

3/4 cawan gula

1 cawan santan

1 cawan susu cair

1 cawan air

3 biji telur

Sedikit garam

Bijan

Pewarna kuning

Cara masak:

- masukkan dalam pengisar semua bahan kecuali bijan dan kisar hingga sebati semua

- Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak dan masukkan bancuhan bingka ke dalam loyang. Hentak sikit adunan bingka sebelum letak bijan dan masukkan dalam oven.

- Kalau guna loyang biasa dan guna oven bakar dalam suhu 180 darjah selama 50 minit ke 1 jam. Aku bakar dalam air fryer guna loyang 6inici kene masak 2 kali sebab tak muat masuk semua. Bakar dalam air fryer suhu 180 darjah selama 25 minit. Sebelum masukkan dalam oven atau AF panaskan dulu untuk 10 minit.

-Bila dah masak tunggu sejuk baru potong ya, selamat mencuba

Bahan utama

Kisar sebati, kalau tak nak tambah pewarna pun takpe



Boh bijan sikit

Siap dah... 

Bau semerbak harum

27 comments:

  1. Semoga cepat sembuh kak. Aaaminn..
    Bingka durian jarang jumpa. Bingka labu dan pandan je biasa jumpa. Sedap ni. Cantik kejadian bingka durian akak. Sempat lagi buat bingka dalam tak sihat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim durian kan, kita kene cuba buat hehehehhe

      Delete
  2. Cantik kejadiannya bingka durian Dana.. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Aduhhh...semerbak baunya dana...kalau dekat dah p rumah dana ni..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapppp, tapi durian kita tak makannn hehehe
    Btw get well soon kak dana!

    ReplyDelete
  5. sedapnya bingka durian...mudah bakar dlm air fryer

    ReplyDelete
  6. menariknyaaaaaa! mesti sedap ni.. yummy

    semoga cpt sihat kakdana.. =)

    ReplyDelete
  7. wahhh elok bingka nya
    mesti semerbak bau durian

    ReplyDelete
  8. nampak sedap. teringin nak rasa sikit..hehe

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap . Selalu kalau nak makan ccl beli je . Belum berkesempatan nak membuat

    ReplyDelete
  10. wahhh nampak lembap2 gitu..sedapnya!

    ReplyDelete
  11. Aduh.. boleh bayang dah bau dia.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...