Thursday, August 26, 2021

PHOTO DIARY #31/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sampai pejabat dalam pukul 7.30 macam biasa tapi tengok parking kereta kosong je. Selalu waktu sama dah penuh dah parking, ke aku datang awal sikit. Edy kata tak payah masak sarapan dan tengahari dia boleh beli je kat kedai. Oklah lenggang kangkung lah aku pagi-pagi, kadang aku goreng jugaklah sikit sarapan untuk bekal aku dan untuk kat rumah. 

Oklah jom kita layan cerita bergambar, banyak bebeno bebelnya kan.

maktek pernah gelakkan aku masa aku kata nak tanam pokok nanas, tapi sekarang alhamdulillah ada 6 pokok nanas dapat ditanam

sabtu lepas Edy ajak pergi beli makan sampai ke Taman Dagang, dah lama tak beli nasi kerabu dekat sini... terubat rindu

Selamatkan pokok bunga ros, hari tu kan hujan je setiap hari jadi bunga ros ni keguguran daunnya... mereka memang tak suka air terlalu banyak kot, letak la tempat teduh depan rumah ni

waktu rehat kalau aku tak bawa bekal, ini lah menu tengahari sambil layan cerita hantu huhuhuhu

aku beli batang bunga ros tapi sebab j&t buat hal dekat 2 minggu terperangkap kat gudang j&t, tak tau lah boleh hidup ke tak bila tanam banyak dah kering dan tukar hitam 

Beli kimchi dengan kawan, teringin pulak dapat makan dengan maggi aduh sedapnya

semalam pagi maktek dengan ecah datang rumah, sebelum balik suruh petik bayam brazil, petik daun ubi dan kacang botor

gadis dan bunga, berkenan betul dia dengan bunga-bunga maklongnya

dalam beg ikea tu barang-barang kiriman dari kampung, petai, cempedak, buah mata kucing dan maruku

Aiyan sibuk ikut papa nya baiki motor, si Ecah pun nak ikut juga... siap takmo balik rumah lagi

Nampak banyak dah kan kuntum dia tu muncul... suka nengok

setelah setiap hari berzikir di telinga mama nya, kata suruh belikan game dekat shopee, siap lukis gambar lagi... akhirnya

PSP macamni jelah mampu belikan... ini pun udah RM200, tak sanggup mamanya dengan tiap hari dia tanya... pejam mata jelah masa belikan tu, tapi pesan macam-macam kene rajin buat kerja sekolah, kene dengar cakap mama papa, tak boleh kuat meragam... memang iya iya jelah jawapannya kan

rambutan yang dari kampung tu, kopek kulitnya simpan dalam peti... comfirm cepat habis ni


pokok mata kucing tepi rumah di kampung

masa aku balik tahun lepas takdelah nampak berbuah, berbunga pun payah

besar dah pokoknya... seronok lah keluarga di kampung... 

terpengaruh dengan kawan pejabat lah ni... dok beli mask KF94 memacam warna dibeli 

warna mask ni menarik betul kan... 

14 comments:

  1. Hehe harap Aiyan tunai janji selepas
    dapat PSP. Sekarang ini pelitup muka macam aksesori fesyen macam kerongsang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, harapnya janji ditepati lah janji buat-buat lupa kang kene tarik balikla psp tu

      aah kak, memacam gaya pelitup muka, lagilah kene pakai hari-hari ke mana jua, kadang jemu kalau pakai sama je hehehe

      Delete
  2. Amboi seronok ayyan kan....eh menarik la mask kaler maroon tu...x pernah jumpa lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak kalau minta tu, tiap hari, tiap sejam tanya sampai kita ni rasa stress hahahha...
      ni color dia purplish red namanya kak...

      Delete
  3. Sedapnya buah mata kucing..boleh petik kt pokok sendiri lg.

    ReplyDelete
  4. Tak sabar menanti pokok nanas berbuah. Ambil masa juga nak berbuah tu kan kak. Berkat menanam banyak juga dapat hasilnya. Rezeki maktek juga dapat bayam brazil. Rimbun tu. Lagi rajin memetik lagi cepatlah dia rimbun nanti kan. Seronoknya tengok buah mata kucing lebat macam tu. Seronok lah Aiyan dapat game baru. Saya pun suka face mask K94 ni kak. Selesa dan banyak pilihan warna menarik. hot pink ke fushcia tu cantik warnanya.

    ReplyDelete
  5. Syok sungguh makan megi sambil layan cerita hantu hahaha. Kalau duduk sorang sorang kat office, rasa seram tuuu >.<

    ReplyDelete
  6. uwaaa nasi kerabuuuuu! nk mkn! nk mkn!
    esok kena cr jgk nasi kerabu.. haha

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi kerabu.. teringin pulak tengoknya.. hihi..Wow .tak sabar nak tengok kejadian bunga ros tu..Nanti hapdet yaa....Sabo jela ngn jnt...Fuhhh...time rehat tgk cite hantu ehh..sy makan, tido..atau tido..makan..hahahahaha...Saya suka tengok tuu... warna mask tu cantikk

    ReplyDelete
  8. Cantik mask warna pink tu kak!
    Rambutan dah siap kopek tu makan sejuk2 memang padu

    ReplyDelete
  9. Mcm2 cerita ada..plg terpikat kimchi akak huhuhu ^_^

    ReplyDelete
  10. buah rambutan tu kalo siap buang biji dia mesti lagi cepat habis kuasa 3., hehehe

    ReplyDelete
  11. Nasi kerabu.. maggi dengan kimchi..
    Pergh!! Buah-buahan lagi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...