Assalamualaikum semua,
Pagi tadi bangun je tidur tak sempat tengok telefon terus masak untuk sarapan dan makan tengahari sebab aku kerja. Siap semua dalam pukul 7.10 pagi sebelum gerak ke pejabat dalam kereta dengar berita tentang kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Terus rasa sebak sayu hati ini, aku positif sangat yang dia akan bangun, dia boleh sihat tapi Allah lebihkan sayangkan dia. Terbaca di FB ramai juga kawan-kawan kehilangan orang tersayang kerana covid, sedih. Alfatihah buat semua yang telah meninggalkan kita, moga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan kesabaran.
Antara hobi aku sekarang bercucuk tanam, selain menjahit manik, membaca sekarang ini antara hobi aku. Hobi penenang jiwa, lagi lah di kala covid nih nak kemana tak boleh nak jalan situ sini tak lepas. Hari sabtu lepas aku ada ajak maktek ke nursery yang biasa aku pergi. Teringin nak tambah koleksi bunga ros, duduk kat nursery tu seronok tengok semua bunga yang cantik. Tenang rasa.
|
1 pasu ni RM20, kalau ikutkan hati memang nak beli tapi nanti dulu lah... |
|
cantiknya bunga daisy ni |
|
cantik warna dia yang cerah gini... |
|
ini lah sebab utama aku sampai ke sini... |
|
pokok bunga ni dah besar 1 pokok ni dia jual RM50 |
|
cantik kan, sepupu bunga matahari katanya |
|
ini bila yang sudah penuh berkembang bunganya... cantik kan |
|
2 pasu masuk dalam kereta, bawak kereta maktek sempit sikit |
|
maktek beli ulam daun selom dekat pasaraya Giant, aku petikkan lagi yang ada kat rumah... dari beli baik ambil yang aku tanam dapat juga segenggam |
|
alang-alang dah sampai aku suruh dia petik daun bayam dan daun kunyit, Aiyan jadi pembantu pegang plastik |
|
posing sikit untuk Wak Warisan Petani heheeh |
|
Ini hasil menanam bunga di nursery beli 4 pasu bunga ros dan 1 pasu pokok pudina |
|
petang semalam suruh maktek petik kacang botor, dapat banyak ini juga... seronok bila dapat kongsi hasil tanaman |
|
moga keluarga yang ditinggalkan tabah dan sabar |
Hobi dpt menghilangkan rasa stress dan duka..al-fatihah utk Siti Sarah...syahid baginya insyallah
ReplyDeleteitulah sambil mengisi masa lapang...
DeleteCantik bunga iras matahari.
ReplyDeleteTerkejut juga Al-Fatihah. Allah lagi sayang dia.
aah itu mmg spisis bunga matahari jugak kak
DeleteCantik2 bunga dana.. akak pn mcm tu jgk positif je sarah akn kuat fight tp Allah lebih sayangkan dia kan? Al fatihah buat siti sarah
ReplyDeleteitulah kak sebab cantik la senang terpengaruh...
Deletehobi yg mendatangkan hasil.
ReplyDeleteterasa jgk mcm nak tanam cili. tp xtau cmne nak mula..
kalau ada benih cili yang masak, jemur atau keringkan benihnya lepas tu semai lah, bila dah hidup agak-agak 2 ke 3 daun pindahkan la kat pasu besar sikit...
Deletekalau nak senang beli je pokok cili di nursery yang dah berbuah lepas tu tinggal bela je kat rumah heheheh
Cantiknya bunga ros tu semua...AlFatihah buat arwah Siti Sarah....pemergian yang sgt dirasai...pergi tanpa sebarang kata...
ReplyDeletesebab cantik tu lah kak pantang nampak asik nk beli je
DeleteCantiknya bunga dan byknya hasil tanaman, alhamdulillah..Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah, terkejut juga baca berita pagi ni...sayu rasa..
ReplyDeletetak la banyak sgt dik oi, ada lah sikit-sikit
DeleteDulu2 hobi menanam bunga..skrg hobi menanam sayur2an
ReplyDeletedana tetap suka menanam bunga dan sayuran kak hehehhe
Delete😍berbunga hati tgk bunga2 ni kan
ReplyDeleteal fatihah
hari2 dpt khabar sedih
Ya allah
sayuu rasa, selalu terfikir giliran akuk bilakah
ya tapi bila bunga tak menjadi frust oi kak
DeleteAlfatihah untuk arwah, semoga dirahmati Allah..Aamin
ReplyDeleteHobi ni penting kan pengubat jiwa, kata orang..take care, ya :)
ya betul....
Deletecantiknya sepupu matahari tu. Ambik tak?
ReplyDeleteSemoga arwah siti sarah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
tak ambil dik heheheh.... sebab dia nampak bunga lain dah
DeleteCantik2 bunga2nya. Memang penenang jiwa. Allahu, moga arwah di tempat kan dikalangan org beriman.
ReplyDeletebahagia bila dapat ke nursery tuh
DeleteRasa sayu pagi ni. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raisuddin.
ReplyDeleteTerapi mata ni. Hobi yang buat rasa tenang hati tengok. Cantiklah kak bunga macam matahari tu. Comel dan menarik warna dia. Aiyan jadi pembantu pegang plastik pun boleh :)
Ya betul sayu rasanya, sedih walaupun bukanla kwn rapat kita tp macam dekat dengan kita... aah cantik kan bunga matahari tu
DeleteHIJAU TANAMAN N WARNA BUNGA2 CANTIK TERAPI JIWA PENANAMNYA
ReplyDeletetgk tanaman kak dana subur2..jadi inspirasi buat saya..cuma kena rajin lg heheheee
ReplyDelete