Monday, August 23, 2021

TIPS DAN TRIK MENANAM POKOK CILI DI RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran dari pejabat hari ini kita ya. Hari ini aku nak kongsi tips dan trik yang sangat berguna untuk yang suka ada pokok cili di rumah. Pokok kat rumah aku tu bukanla semua aku semai dari biji benih atau batang, banyak yang aku beli pokok dan jaga hehehe. Biasa lah tu kan 

Tips untuk tanam  pokok cili api di rumah yang paling mudah, beli je pokok yang dah berbuah di nursery dan jaga. Sampai rumah tukar pasu, tambah tanah dan jaga macam biasa siram dan boh baja. Kalau cara ini pun tak menjadi mungkin anda seorang yang kurang bertuah hehehehe. Sebelum ini kami ada tanam pokok cili dari biji benih tapi itulah hasilnya tak seberapa, pokok selalu kena serang serangga perosak. Dah letak racun perosak pun sama jugak, kalau tengok pokok cili api mak aku kat kampung dahla subur pokoknya rimbun buah banyak aku tanam aduhai. Kita tengok berapa lama bertahannya pokok cili ini ya. 

sabtu lepas beli pokok cli api dekat nursery, geram pulak nengoknya

sebab cantik, tanya adik kat nursery tu boleh makan tak cili nya... dia cakap boleh la kak udah namanya pokok cili hehehhe

Letak dekat atas rak baru nih... 

rak tak muat tempat, kongsilah tempat dengan  pasu pudina ya... 

28 comments:

  1. Hehe agaknya adik nurseri rasa kelakar dengar soalan.
    Suka cili yang tumbuh ke atas terpacak. Di rumah ini tanam cili padi biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab masa kecil kalau cili warna selain merah, hijau emak kata tak boleh makan utk hiasan je hehehe... itu tanya

      Delete
  2. Tanam dalam pasu kecik pun dh berbuah dengan lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. org nursery dia lain triknya, kita ni nak tanam sendiri kadang memacam petua tp tak menjadi jugak

      Delete
  3. Comel je tanya boleh makan ke tak..hehe..yelah, cantik macam nak buat hiasan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kalau dulu-dulu cili warna purple ni mak akak kata cili hiasan, itu yg tanya tu hehehe... adik tu siap suh rasa dulu kak cilinya tu kalau pedas boleh makan hehehhe

      Delete
  4. Replies
    1. hehehehe sebab akak pun biasa buat, hidup ke tak itu ikut tuah

      Delete
  5. Senang beli pokok terus. Tak payah tunggu besar. Kena pandai jaga dan membaja je lah bagi keluar cili. Hihi..mesti adik tu confused nak jawap ke tak soalan akak tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah itulah dik oi, kadang beli dh siap berbuah pun tak tahan lama... acaner tu

      Delete
    2. hadoii..payah jugak tu. ke nak kena tanam dalam tanah terus tanpa pasu baru elok.

      Delete
  6. sy rs sy la antara yg xbertuah tu.. beli pokok skali ngn buah pon tetap xjd.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kita kena cuba banyak pokok dik, mcm akak ada pokok yang boleh hidup ada yang mati... itulah sumpahannya

      Delete
  7. aah mak saya pon buat mcm tu juga..segar2 cili nya..

    ReplyDelete
  8. Haha…bagus tips Dana nih!
    Kalau akak pun tertanya-tanya jugak, boleh makan ke tak sebab rupa dia tak macam cili padi selalu kita guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hheheheh itulah kak, dana ni pun tanam cili selalu tak menjadi... pasni xwas2 nak makan cili nya kan

      Delete
  9. terbaik tips dana lada keperluan dapur jaga pokoknya lama juga hidupnya

    ReplyDelete
  10. Sayang pulak nk petik buat sambal..tgk comel2 ja buahnya

    ReplyDelete
  11. tu la bahaya kalo beli rak ni...kita tambah lagi pasunya...bila tambah pasu, tak muat pulak rak..kena tambah lagi..ahahahahhaha!!!

    saya pun ada tanam cili kat rumah ni..cili besar, cili padi merah, cili kalerful dan lada benggala...semua baru mengenal dunia lagi...belum besar..harap2 membesar dengan sihat la..huhu

    ReplyDelete
  12. Pak Zain dah semai banyak pokok cili ni..ada campur2..ada yang dah start besar...tu banyak lagi anak- anak pokok cili tumbuh...

    ReplyDelete
  13. Kalau wak jawab tak boleh makan sebab cili tu tanam dan jual untuk hiasan
    Banyak sangat bahan kimianya sebab tu serangga sikit pun tak berani sentuh

    ReplyDelete
  14. Dulu pernah tanam pokok cili, tapi tak menjadi. Beli pokok cili pun tak menjadi. Tak tahu lah apa masalah saya dengan pokok cili yang sebenarnya hahaha.

    ReplyDelete
  15. menarik! tp mak shida tanam pun menjadi kak..mak tgn sejuk..tanam ape pn subur jer!

    ReplyDelete
  16. Cantiknya.. Kalau sha pun tanya, boleh makan ke tak.. hehehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...