Wednesday, August 25, 2021

KOTAK KEBAHAGIAN DARI KAMPUNG JOHOR

 Assaalamualaikum semua,

Kelmarin masa ber panggilan video dengan keluarga di johor nampak emak dan adik-adik tengah petik buah mata kucing dan nampak ada cempedak dalam kereta sorong. Kali ini mereka gunakan khidmat Gdex untuk hantar semua ni. Semalam petang selamat sampai semua barang, ada 2 kotak. 

Kotak pertama ada rambutan, petai, buah mata kucing dan cempedak. Kotak kedua pulak ada kudapan macam maruku, kerak nasi dan cempedak lagi. Entah berapa puluhla kos untuk pengeposan tu kan. Tengah tunggu maktek datang untuk ambil bahagian dia.

Sebelum ambil bawak masuk sanitize dulu kotaknya

Kotak yang pertama...

Buah mata kucing ni pokoknya ada tepi rumah, dulu kami balik tak pernah berbuah ni mula.berbuah lebat...alhamdulillah rezeki kami dapat merasa

Petai dari tepi rumah, ni petai belakang rumah yang mak sayang-sayang ni

Kotak kedua, isi kerak nasi  ,maruku dan cempedak juga

Kerak nasi ni goreng dalam minyak panas sampai kembang makan dengan sambal kicap... sedapnya

Macam maruku tapi bukan


Semua cempedak yang ada 

Rambutan dan buah mata kucing

18 comments:

  1. Banyaknya cempedak. Lambat habis makan ini. Haha harap beri sedikit pada rakan pejabat sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempedak tu belum bagi dekat maktek lagi, boleh bagi pada jiran juga

      Delete
  2. meriah kiriman dari kampung tu..mcm2 ada...sedapnye cempedak tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    bahagia melihat kotal kebahagian ni Dana

    ReplyDelete
  4. Bahagia terus dapat kotak kebahagiaan dari kampung. Macam macam dikirimkan tu. Alhamdulillah yang jauh pun dapat juga merasa. Syukur cepat sampai guna GDex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sekarang ni memang akak tak berani suh guna jnt, jnt ampang teruk bebeno

      Delete
  5. Memang betul2 kotak kebahagiaan dana...serba serbi ada .. sayangnya mak ayah kt anak yg takleh balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, sebab tu kalau adik-adik kat kampung kata teringin nak mkn itu ini cepat- cepat dana order di shoppe

      Delete
  6. Meriah sungguh ni Dana. Siap ada cempedak banyak pulak tu. Mesti wangi bau parcel..hihi
    Mak akak pun guna Gdex untuk pos buah ke kakak di Melaka, memang cepat. Pos arini, esok sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak... mujur dengan gdex ni cepat... puas hati betul

      Delete
  7. Macam macam adoooo! Tak dapat balik kg, dapat kiriman macam ni pun dah membahagiakannnn. Banyakk tuu buah cempedaknyaaaa, hari hari la makan cempedak goreng nanti hahaha.

    ReplyDelete
  8. sungguh kak! mmg bahagia bila dapat huhuuu

    ReplyDelete
  9. Rezeki sungguh ni Dana!
    Macam-macam ada dalam kotak kebahagiaan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Rezeki dari kampung..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...