Friday, August 13, 2021

RESEPI KARI CENDAWAN DAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Resepi hari ini resepi berulang tapi ada sedikit penambahbaik kan. Mana yang pernah cuba mesti tahu sedap rasanya yang belum pernah cuba wajib cuba tau. Memang sedap terutama pada peminat cendawan tiram. Menu ni aku saja-saja cuba masak tapi menjadi sampaikan keluarga suka. Aku cipta resepi ni masa aku bujang dan duduk kat skudai lagi.. kira dah lama dah resepi ni heheheh. 

Bahan-bahan:

1 paket besar cendawan tiram, siat dua cuci dan perah airnya

1 paket kecil kari ikan babas(boleh guna kari jenama apa pun)

4 ulas bawang putih, tumbuk

5 -6 biji bawang merah kecil , tumbuk

1 inci kunyit, tumbuk

2 tangkai daun kari

15 ekor udang sedang 

1 kotak kecil santan

2 keping, asam keping

Sedikit air 

Minyak

Garam

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan tumbuk hingga pecah minyak, masukkan daun kari dan serbuk kari gaul lagi dan masukkan 1 cawan air

- Kacau kejap tunggu hingga bumbu tadi mendidih masukkan udang dan biarkan hingga udang masak

- Bila udang dah tukar warna semua, masukkan cendawan dan masakan sekejap hingga layu sikit

- Masukkan santan lepas tu tambah air lagi, masukkan asam keping dan garam. Masak untuk lebih kurang 3 ke 5 minit boleh matikan api bila dah secukup rasa.

Tumis hingga pecah minyak tau

Serbuk kari dan daun kari

Masukkan 1 cawan air

Tunggu dah mendidih lama sikit baru masuk udang

Bila udang dah masak, baru masuk cendawan



Dah siap, Aiyan pun suka sebab tak pedas... ratah pun best

22 comments:

  1. ooo...boleh ye, saya tak pernah tau ada resepi ni. insyaallah nanti boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, akak cuba-cuba bila sedap terus jadi kegemaran... dari zaman bujang lagi dah cuba buat ni

      Delete
  2. nampak sedap.... leh cuba nanti...

    ReplyDelete
  3. Akak x pernah buat kari cendawan dan udang ni...nampak menarik ni...boleh cuba nanti..thanks Dana share idea

    ReplyDelete
  4. Boleh buat masakan kari guna cendawan tiram. Selalu buat masak air.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Dana! Belum pernah cuba cendawan masak kari. Bagus idea ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa lagi cendawan masak mcm ni..biasa cendawan grg ja atau boh dlm tomyam,sup,sayur campur..

    ReplyDelete
  7. fuhh sedap je nmpk! terliur pulakkk.. haha

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan lg cendawan tu
    menarik resepi ni

    ReplyDelete
  9. Bole kak, bak kata orang kita yang buat dia

    ReplyDelete
  10. Wow..cambest je ni cendawan dikarikan bersama udang. Hebat kak Dana cipta resipi :)

    ReplyDelete
  11. Wow sedapnya.. xpenah lagi letak cendawan dlm Kari. Boleh Cuba la nanti

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...