Friday, March 28, 2025

RESEPI APAM BERAS

 Assalamualaikum semua,

Aku buat apam beras ini sebab tertengok kat tiktok ada yang jual apam kampung 4 keping rm6 lepas tu kelapa asing RM2. Memang macam-macam gaya bila GenZ jual makana lama. Mahal sangat rasanya untuk apam kampung RM8 satu set tu. Kita buat sendiri bahan pun mudah puas makannya. Jom kita tengok resepinya jom.

Bahan-bahan:

1 cawan nasi kisar dengan 1 .1/2 cawan air

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

3 sudu kecil mauripan

1 sudu kecil minyak masak

sedikit garam

Pewarna

1 biji kelapa parut putih

Cara masak:

- Campurkan nasi yang kita dah kisar ke dalam mangkuk berisi tepung beras, tepung gandum , gula, garam dan mauripan.

- Gaul hingga sebati, masukkan minyak sekali.

- Lepas tu tambah pewarna dan biarkan untuk 30 ke 40 minit.

- Bila dia dah kembang, boleh la masukkan dalam loyang yang dah di sapu minyak dan kukus untuk 30 minit.

- Campurkan kelapa dengan sedikit gula dan garam, kukuskan sekejap.

- Siap sejukkan dan potong untuk makan dengan kelapa parut.







aku guna 2 warna


siap dah




Aiyan pun suka banyak dia makan

3 comments:

  1. Suka jugak makan apam beras, tapi tak pernah belajar buat sendiri.
    Entah bila akak nak jadi rajin macam Dana.

    ReplyDelete
  2. apam tepong beras n tepong gandum sedap ja mudah nk buat rajin dana

    ReplyDelete
  3. Sedapnya apam beras. Ada kawan share tapi tak buat2. Pandai makan je.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...