Thursday, March 20, 2025

PHOTO DIARY # 8/2025

 Assalamualaikum semua,

Beberapa hari ni panas betul, hujan pun lama dah tak turun kat rumah tu. Tapi ada beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor yang hujan lebat, kat Johor pun adik cerita semalaman hujan je. Tahun ini tak menentu cuaca, bila keluar tengahari untuk ambil Aiyan kat sekolah panas terik betul, sampaikan rasa macam malas nak ke pejabat semula. Hahahah... 

Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Ambil gambar dalam gelap... awal naik ke pejabat hari ini

pukul 7.05 pagi dah mendaki naik tangga ke tingkat 7, sengaja malas hidupkan lampu

bangunan felda yang sudah ditinggalkan

Menu berbuka puasa ke 18, mehun goreng dan kuih-kuih 

hantar sikit mehun kat maktek dan jiran sebelah-sebelah

setiap hari ada je monyet datang dok usha buah betik sebelah rumah

hari rabu rutin dialisis, seronok tengok jururawat situ sibuk nak cantikkan bilik dengan pasang lampu liplap 

menu 17 puasa, nasi dagang dan kuih-kuih

selasa kan kami cuti, jadi crab rangon untuk jiran sebelah

buat banyak mudah kerja

Menu berbuka 16 puasa

Kawan pejabat pergi beli kat Cik Siti Keramat, kita kirim la

dapat baju baru lagi... untuk betul pejabat sekarang ni banyak buat baju tshirt

semangat siap pakai tanda nama lagi kan, maklum dah lama tak masuk kerja 

Menu berbuka hari ke 15, kuetiaw goreng dan kebab

katanya nak cari roti john tapi ramai orang, tu ke kebabjoy pulak 2 beranak ni

Penuh freezer dengan stok popia carbonara 

hari Ahad, pukul 10 pagi dah keluar untuk cari baju raya

Ini tak beli, saja je untuk bergambar. Mujur dapatla baju raya dia

17 comments:

  1. Seronok tengok orang pandai masak ni..sedap-sedap belaka menu...
    Alhamdulillah..nampak Dana sihat n ceria...semoga yang baik-baik sahaja untuk Dana...Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang biasa-biasa je kak menu nya tu... alhamdulillah terima kasih kak

      Delete
  2. Uish…masih kena menapak lagi ya Dana? Memang suruh orang bersenam agaknya 😅

    Dana nampak lebih menyerlah dengan warna maroon 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah bulan 8 nanti baru elok lifnya kak hahahha

      Delete
  3. dugaan tu bln puasa nk panjat tgga smp tingkat 7..sedap nmpk crab rangon...ada tgk gk nasi kerabu keramat tu tp ramai beratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, redo jelah... nasi kerabu tu viral jugak baru-baru ni kak

      Delete
  4. Dana nampak makin berseri.....tak lama lagi boleh join group hiking la Dana dah biasa turun naik tangga tingkat 7 tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berseri la sangt hahahha, grup hiking tak minatnya

      Delete
  5. rindu suasana berpuasa di Ukay nih, dulu sejuk sangat subuh kat sana berkabus sebelum naik apartment belakang tu hutan lagi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas jugak kak , sekarang belakang rumah kita dulu ada tanah kubur luas sangat

      Delete
  6. Alhamdulillah...semoga sihat2 selalu ye kak Dana

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah menu buka puasa sedap semua

    ReplyDelete
  8. aduhai kena naik tgga sampai tgkat 7? semputttt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik 2 tingkat ke setingkat berhenti amik napas dulu... tak terlarat nak naik sekali harung

      Delete
  9. Kalau sini mingu ni memang setiap hari je hujan, memang ramalan cuaca minggu ni hujan berterusan di seluruh sarawak, dugaan ramadhan tahun ni, bila hujan mmg mengantuk lain macam je... meehoon tu sedap laaa

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...