Thursday, March 27, 2025

PHOTO DIARY 09/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari ini perjalanan ke pejabat lenggang je, dah ramai yang balik kampung rasanya. Aku masih kerja lagi, esok pun kerja lagi lah. Insyallah balik ke Terengganu sabtu tengahari lepas dialisis. Harapnya sabtu nanti dah tak jem teruk lah, sebab hari ini dan esok dah ramai yang balik ke pantai timur. Jom kita layan cerita bergambar.

semalam balik dari dialisis terus buat kuih siput ni

Buat tak banyak dalam sekilo lebih je, tap penat jugak lah menggentel sendiri

dok petik bunga ros dan orkid kat luar letak dalam bekas, cantik pulak nengoknya

Tetaplah tersenyum walau hidupmu penuh liku kan

Teman kawan pejabat dok isi carta pergerakan ini... isi bila cuti apa semua

rambut raya

pokok yang akan ditinggalkan seminggu, moga selalu hujan

sibuk nak bergambar dengan hamper Raya untuk pengarah

cantik betul lah... 

Dia buat biskut di sekolah, tapi itulah hancur dah sebab jatuh katanya

teringin apam beras kampung ni

sabtu rajin la sikit masak, buat nasi minyak dan ayam masak merah baji kat jiran-jiran

tart nanas yang sedap walaupun harga agak kayangan

12 comments:

  1. lama tk mkn kuih siput....akak dh cuti tp masih ngadap data report kt umh...dh malas nk drive ke opis haha

    ReplyDelete
  2. Tahun ni CCL malas nk buat kuih siput ..adik perempuan ccl yg take over .. cantik laa kejadian tart bunga nenas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah ada yang boleh tukang buat, Itulah tart nanas pesen lama

      Delete
  3. ammi mujur esok bos kata takyah masuk. Dia pun kejap karang dah nak sibuk penuhkan jalan. dia nak ke Cameron Highlands. ammi ni balik petang karang ntah apa rupa jalan tu taktaulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh boss ammi nak holiday juga ya,... apa lagi dapatla kemas-kemas barang kat rumah kan

      Delete
  4. rajinnya buat kuih siput. menggentel tu x sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gentel sambil tengok drama korea kejap je rasa

      Delete
  5. Hensem rambut raya Aiyan 👍
    Puas hati makan tart nenas inti banyak gitu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...