Monday, September 4, 2023

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SA

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu yang lepas ke majlis jemputan kahwin kak Suria Amanda dan encik suaminya. Lama dah kak SA beritahu tarikh suruh booking siap-siap sebab aku tegur masa tunang aritu. Ingat nak gerak awal tapi pukul 12 lebih jugak sampai sana dan orang dah ramai. Orang pertama yang di jumpai Sis Lin dan kawan-kawan kak Retna dan kak Karni. Sis Lin terima kasih tegur dana yang masih malu-malu kambing masa tu. Kebetulan baju kami warna sama macam boria je hehehe. Lepas tu baru jumpa beberapa lagi orang kawan. 

Pengantin pun mujur dia jalan-jalan dapatla kita ajak bergambar. 



Suka ada pajeri nanas dan acar buah

masa ni Sis Lin tengah borak dengan pak Zain dan mak Pah mereka dah habis makan

terus aku menyelit kat tepi ni, tinggi betul kak SA ni rupanya

ingatkan comel je kak SA ni tapi tinggi betul orangnya sesuai la dengan cik abang nya ni

kak Aizamia pun tak sangka jumpa jugak kat sini... ini blog nya Mak Budak 

tenggelam pengantin dek kami yang besar ini

16 comments:

  1. nampak ramai yang pakai maroon ingatkan geng blogger dah berpakat hehe...sikitnya Dana ambil nasi ;)

    ReplyDelete
  2. Kannn Dana, macam ramai pulak pakai color kita tu kannn hahahaha.. happy jumpa semua geng blogger..

    ReplyDelete
  3. Tengok blog orang lain ingatkan memang pakat sebab datang hampir serentak.
    Seronok tengok ukhuwah bloggers tegur sapa satu sama lain.

    ReplyDelete
  4. cantiknya pelamin SA ..SA pun lawa berseri seri

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    seronok dpt hadir kenduri SA
    pelaminnya cantik sweett

    ReplyDelete
  6. kami sampai lewat, tambah penat nak bergambar pun rasa tak larat.

    https://aizamia3.blogspot.com/2023/09/majlis-perkahwinan-blogger-suria-amanda.html

    ReplyDelete
  7. Bestlah dapat jumpa blogger lain.... Rasanya takde sangat blogger baya2 Cuya, ada pon tak aktif sangat

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Dana sudi hadir memeriahkan majlis akak..appreciated sangat2..semoga ukhwah ini berpanjangan ye...

    ReplyDelete
  9. selamat penatin baru buat blogger SA....untung dia dapat liputan luas dari para blogger...tak perlu masuk paper sebab cerita kahwin nya dicover oleh para blogger aka kawan-kawannya

    ReplyDelete
  10. Seronok dapat jumpa ramai blogger & meraikan majlis SA. Moga bahagia SA dan suami selamany. Moga ukhuwah bloggers berpanjangan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, dapat ambil gambar kenangan walaupun selit-selit.
    Rasanya pernah terbaca tulisan SA (tak ingat di blog atau di FB), SA pakai kasut tumit tinggi 6 inci waktu bersanding...eh, betul ke. Kalau betul, memang tinggi sungguhlah.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Dana dan family sudi hadir memeriahkan majlis..semoga ukhwah kita terus berpanjangan ye ..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...