Assalamualaikum semua,
Hari ini sibuk sepagian sampai lupa nak buat entri, dah rehat ni baru la boleh buat entri ya. Ini menu yang di kira tradisional tau. Pencuci mulut orang lama, biasanya kalau ada kenduri antara pencuci mulut yang biasa disajikan. Aku ada jual di kedai hari rabu kalau tak silap. Jom tengok cara masak nya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
4 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan
2 ketul gula melaka
3 cawan air
Cara masak:
- Dalam mangkuk besar masukkan tepung beras, santan, garam dan air kacau hingga semua sebati. Tapiskan untuk masuk ke dalam periuk.
- Hidupkan api perlahan sambil kacau adunan tadi, sentiasa kacau tau. Nanti lama-lama akan jadi berat dan kental kena kacau lagi bagi licin.
- Kacau biar hingga keluar gelembung-gelembug meletup baru matikan api.
- Masukkan dalam bekas kecil.
- Dalam periuk kecil masukkan daun pandan, gula melaka dan air 3 cawan
- Masak hingga gula hancur boleh matikan api. ( boleh juga tambahkan 1-2 sudu tepung jagung kalau nak air gula pekat)
-
masa ni masih ringan lagi |
proses mengacau ni bila dah berat aku suruh Edy kacaukan, elok kejadiannya ini dah matikan api |
letak dalam bekas |
aku suka air gula yang cair je |
aduh sedap tau.... |
Rindunya arwah mak, dulu kalau mak buat ni bertambah2 makan sebab sedap. hmm.. (T_T)
ReplyDeleteKalau kat Segamat ni, seminggu selepas kenduri kahwin, mak bapak pengantin akan kirim bubur sum sum pula pada jiran jiran yang datang rewang. mak mentua kata dah selamat, kena lagi bagi ucapan terima kasih pula dengan kiriman bubur sum sum tu. Padahal masa hari rewang masing masing dah bungkus bontrot berat kiri kanan
ReplyDeletenak buat juga la perut tengah lapar ni semuanya terliur...tadi tengok nasi ambeng mummy ayu teringat Dana haha
ReplyDeletesedapnya bubur sumsum baru tau caranya
ReplyDeleteTime bulan puasa, selalu bertukar-tukar bubur sum-sum dengan jiran tetangga.
ReplyDeleteSekarang tak pastilah, adakah tradisi itu masih diteruskan di kampung kami di Selangor.
ya Allah..tak pernah tak rajin kak dana ni buat segala benda dari scract..saya tak pandai buatttt nii, mekasih share resepi!
ReplyDeleteFavorite sangat ni, thanks Dana kongsi resepi
ReplyDeletefeveret bonda saya bubur sum sum ni! :)
ReplyDeleteKak, kalau kat kg saya, bubur somsom dimasak lepas majlis kahwin. Lepas rewang tu, petang² nanti ada la geng mak² yang buat bubur somsom ni untuk diagihkan pada orang rewang dan jiran². Tapi sekarang dah jarang dah orang buat. Kalau dulu, hujung minggu penuh peti dengan bubur somsom 😂
ReplyDeleteW'salam Dana,
ReplyDeleteBila baca post Dana timbul idea nak cuba buat bubur sum sum ni.. Nampak macam mudah. Akak pula sejenis suka apa saja jenis kuih makan dengan gula melaka, memang sesuai... boleh cubalah weekend nanti.
Okey akak x pernah makan bubur sum sum ni...nampak macam sedap tu ha...
ReplyDeletemakan sejuk2 sedap ni.pernah tlg ibu buat hari tu..dappp
ReplyDelete