Friday, September 8, 2023

RESEPI NASI GORENG CAMPAK-CAMPAK

 Assalamualaikum semua,

Selalunya kalau balik kerja ada nasi semalam aku akan buat nasi goreng. Nasi goreng versi campak-campak, hiris je takde nak kisar atau tumbuk. Tapi sudah semestinya sedap tau , jom tengok cara aku masak.

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi semalam

2 biji telur

1 mangkuk kobis hiris

4 ulas bawang putih, ketuk

1 biji bawang besar , hiris

5 biji cili api, potong 2

1 mangkuk kecil kacang panjang (sayur terpulang)

1 paket serbuk nasi goreng ikan bilis adabi

Garam

Cara masak:

- Goreng dulu telur hingga masak dan ketepikan. 

- Gunakan minyak tadi untuk tumis bawang putih, bawang merah dan cili api hingga layu dan naik bau.

- Masukkan sayur kobis dan kacang panjang, gaulkan dengan bumbu. Tutupkan kuali dengan penutup biar sayur cepat layu.

- Bila sayur dah layu, tambah sedikit garam dan masukkan nasi. Gaulkan hingga semua sebati.

- Masukkan perencah ikan bilis, gaul-gaul lagi. Masukkan telur goreng tadi dan gaul hingga sebati semua dan matikan api.

Siap











17 comments:

  1. Nyums sedapnya. LM suka sangat kalau ada kacang panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat kacang yang muda sedap, dapat yang tua spoil heheheh

      Delete
  2. alaaa tgh lapar pulak nampak post ni.. hahaha sedapnya.. !

    ReplyDelete
  3. Tengok pun nampak sedap ni Dana. Bagusnya banyak campak sayur 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berkhasiat kononnya kak tu boh sayur banyak ehehehhe

      Delete
  4. Campak campak pun sedap ni.. Lapo perut tengok nasi goreng 🤩 Bertambah tambah Kalau saya ni ♥️

    ReplyDelete
  5. Yang campak2 tu lalunya paling sedap sebabb dia takda peraturan dan sukatan kan...hihihi

    ReplyDelete
  6. Bagus ini resipi Dana tiada bahan ditumbuk. Lagi mudah dan cepat sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Tak cukup sepinggan kalau macam ni hehe

    ReplyDelete
  8. Lepas makan campak semua dalam sink
    Nanti tukang masak jadi tukang basuhlah pulak

    ReplyDelete
  9. Akak pun selalu buat nasi goreng campak2 mcm ni...rumah akak ni memang selalu ada banyak lebihan nasi

    ReplyDelete
  10. sedapnya... tapi untuk mak apaknya lah. untuk anak anak.. mau histeria budak budak tu nak makan penuh sayur..hahaaha

    ReplyDelete
  11. Sedapnya nasi goreng campak-campak ni. Ada hirisan kacang panjang tu dah sedap betul Dana. Aromanya sedap sangat kalau dan bercampur dengan nasi goreng.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...