Friday, September 29, 2023

RESEPI TUMIS TERUNG TELUR PUYUH

 Assalamualaikum semua,

Kononnya nak masak terung berlado tapi kan malas sangat nak mengisar bahan-bahan. Sebab tu aku selalu cakap yang aku ni pemalas, nak yang mudah je kan. Aku ni peminat terung, masak apa pun aku suka tau. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

30 biji telur puyuh 

4 batang terung yang telah di goreng

1 biji bawang besar, hiris

4 ulas bawang putih, hiris

5-7 biji cili api, hiris

2 sudu besar kicap

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan bawang dan cili api hingga layu dan kekuningan. 

- Bila dah layu tu masukkan telur puyuh, gaul-gaul lepas tu masukkan pulak terung tadi. 

- Tambah kicap dan akhir sekali garam. Boleh matikan api. siap






14 comments:

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...