Assalamualaikum semua,
Hari jumaat ni biasa nya kan kita berkongsi resepi, moga dapat la sedikit pahala kan bila niat berkongsi ni. Hehehehhe resepi bingka ni memang mudah, macam bingka ubi yang cuma 4 bahan ja. Tapi semestinya sedap dan mudah dibuat. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 kotak kecil santan
1 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna
1 sudu besar minyak masak
4 biji telur
Bijan
Cara masak:
- Dalam pengisar masukkan telur, gula dan santan, kisar hingga semua sebati.
- Masukkan dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, minyak, garam dan jagung krim. Kacau hingga semua sebati.
- Oleskan sedikit minyak di loyang dan masukkan adunan tadi, tambah bijan di atasnya.
- Panaskan oven untuk 10-15 minit, masakkan bingka dalam suhu 220 untuk 60-70 minit ikut pada kepanasan oven. Boleh tambah masa kalau nak garing lagi bingka.
Masukkan bahan kisar dan jagung krim |
tambah sedikit pewarna kuning |
aku tabur sikit bijan putih dan hitam |
masa ni bau dia punyalah harum |
dah siap.... |
nampak garing sedapnya Dana...mudah je bahan2 dia ye nampak senang nak buat
ReplyDeletemudah je kak, boleh cuba buat nanti kak
Deletesimple je & mcm sedapp..leh cuba nanti ni.. tq berkongsi resepinya... :-)
ReplyDeletecuba nanti kak memang sedap
DeleteCANTIK KEJADIANNYA MESTI SEDAP
ReplyDeletealhamdulillah kak lemak manis
DeleteUiii...menggoda warna kuning tu..dapat sepotong gu dengan kopi O ..syok ni
ReplyDeleteboh pewarna kuning lemon sikit kak, memang sesuai no kopi o panas
Delete