Thursday, March 10, 2022

PHOTO DIARY #8/2022

 Assalamualaikum semua,

Maaf lambat buat entri dan dah lama tak buat entri. Lebih banyak duduk bilik membuta melayan sakit, tapi hari ini dah beransur baik cuma waktu malam batuk masih tak terkawal. Edy pun dah positif tinggal Aiyan yang masih negatif. Moga dia tetap akan negatif.

Sejak Edy positif memang adik aku maktek yang banyak membantu. Tolong belikan barang belanja, setiap hari dia hantar sarapan, makan tengahari dan malam walaupun aku dah kata tak payah aku boleh dah masak. Sampah pun dia yang buangkan. Moga Allah membalas dengan pahala dan kebaikan buat adik aku tu.

Jomla kita tengok cerita bergambar.

Air kelapa pun dia tambah cengkih dan lemon, tapi sedap je

Ada kawan hantar soto dan bergedil


Ajk penduduk yang beri sumbangan, alhamdulillah

Lepas Edy pun positif Aiyan kene tidur sendiri, dia tak nak tidur kat bilik jadi bagi tidur dekat ruang tamu. Malam-malam dia nangis jugak tapi pujuk-pujuk dia tidur, pastu nangis lagi memang kesian tapi untuk kebaikan dia

Sejak Edy positif maktek hantar sarapan pagi... 

Budak yang tengah sarapan

Tengahari aku kata tak payah hantar lauk, dia hantar untuk makan malam

Pagi tadi aku buat sarapan

Maktek tetap juga hantar sarapan, siap buangkan sampah lagi

Bunga ros dan tanam lain yang tak terjaga

Edy sibuk sekodeng pokok terung dia

Ada yang dah berbuah rupanya
Maktek yang tolong belikan barang

14 comments:

  1. moga cepat sembuh..alhamdulillah ada yang membantu

    ReplyDelete
  2. Allah...baiknya adik awak. TApi adik mana yg tak sayangkan kakaknya.

    ReplyDelete
  3. Begitulah ahli keluarga saling menyokong dan membantu.
    Moga Dana dan Edy cepat sembut. Kesian sangat tengok Ayyan... tak apalah, Ayyan akan jadi lebih matang apabila berhadapan dengan situasi begini.

    ReplyDelete
  4. Rajin betul Maktek. Moga Allah permudahkan urusan Maktek.
    Tempting tengok bubur nasi itu.

    ReplyDelete
  5. syukur ada adik yg berdekatan dpt jenguk2 kan..smoga cpt sembuh dana sefamily

    ReplyDelete
  6. Kesiannya Ayyan...mesti sedih betul hati dia tu...tapi tu la..untuk kebaikkan dia kan..semoga dia okey ye..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada adik yang duduk dekat dan dapat membantu. Rezeki Dana.
    Sian tengok Ayyan…moga dia tabah.

    ReplyDelete
  8. semoga cepat pulih dan keluarga kembali sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  9. MOGA SELAMAT SEMUA KEMBALI PULIH SEDIAKALA

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    ada family dkt2 dpt membantu
    semoga cepat sembuh ye dana

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ada family yang turut membantu. Moga cepat sembuh dan kembali beraksi di kebun depan rumah tu.. hehehe...

    ReplyDelete
  12. sedapnya menu maktek masak. Masa kena covid haritu mati kutu jugak nak makan apa sebab sakit tekak teruk sangat.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah semakin sihat. Syukur dekat dengan adik beradik. Waktu macam ni rajin membantu apa yang perlu. Semoga Allah berikan pahala untuk adik Kak Dana. Aamiin...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...