Tuesday, March 22, 2022

BUDAK SUSU YANG LICIK

 Assalamaualaikum semua,

Hari ini kita cerita pasal si Susu ini, dia kucing baka siam anak Comot batch ke tiga. Dia ni manja dengan Edy, kalau Edy mandi ke solat dalam bilik mesti dia ngiau-ngiau panggil dekat luar bilik. 

Baru-baru ini dia dapat idea baru, menempel dan suka menyelit bila ada orang baring dengan bantal depan tv. Senyap-senyap dia menyelit, sedar-sedar dia sedap tidur sebelah orang tu.

Mula-mula dia main lari-lari , kejar-kejar lepas tu hilang


elok menyelit sebelah Aiyan sambil layan tengok tv

Agak-agak bosan, dia pun kacau acik Aiyan main game... 
bising acik Aiyan nya bila dia pun mengacau sama

malam esoknya, mula-mula Edy baring dekat bantal tu... lepas tu dia pergi solat tengok-tengok ada dah budak Susu baring sambil layan tv... memang licik

21 comments:

  1. alololo..comelnya..siap pandai pegang hp ayyan tu ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang sibuk, pantang nak main sekali hp kalau tak bagi dia rampas

      Delete
  2. Hehe macam budak kecil nakal. Itulah nampak macam reti main je dak Susu.

    ReplyDelete
  3. hahaha..ngada-ngada ko ye susu..nak berbantal bagai

    ReplyDelete
  4. Kenapa comel sangat akhlak tu. Kenapa Haaaa.. Susu Owh susu... Geram je. Cubit pipinya boleh tak...

    ReplyDelete
  5. wow tidur berbantal tu comeynya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, peelnya suka menyelit nak tido dekat bantal

      Delete
  6. Comelnya perangai dia 😄
    Akak baca pun tersenyum sendiri tau Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal dia kak, perangai lain sikit dari yg lain... membe tengah tido dia boleh kacau sampai bangun sebab nak ajak main kejar-kejar

      Delete
  7. Amvoi! dak Susu aktif sungguh tulah sekor-sekor mesti ada perangai masing-masing

    ReplyDelete
  8. Macam kucing kita liciknya. Tapi kucing kita belagak nak baring atas tilam.

    ReplyDelete
  9. Pandai betul dia tengok handphone tu sesama, faham ke? hihi

    ReplyDelete
  10. Laaaaa...nama dia ka Susu tu..🤭

    ReplyDelete
  11. seronok juga tengok kucing bermanja dengan tuannya

    ReplyDelete
  12. Jenis kucing suka bermanja manja ni mintak perhatian. Licik betul dia eh. Tahu tahu datang je tempat favourite dia.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...