Assalamualaikum semua,
Maaf ye kawan-kawan dah lama habis kuarantin pun senyap lagi. Maaf di atas kekhilafan aku, dari isnin aku mintak BDR dengan pengarah dan dia izinkan. Duduk rumah lebih pada pemulihan diri tapi semalam aku dah cuba berkebun.
Edy habis kuarantin isnin, selasa dia dah macam orang sihat sibuk dok berkebun tengok tak penat pun aku yang tercungap walaupun baru cabut rumput sikit. Aku punya simptom lepas covid lebih teruk dari semasa positif.
Semalam cabut kunyit 3 pasu, sebab pasunya dah penuh rumput sampaikan daun kunyit pun dah tak keluar. Aku memang tak harap ada isi banyak sebab tanam tahun lepas. Tapi alhamdulillah bnyak jugak hasilnya dapat bagi dekat jiran sebelah dan maktek.
Edy tengah sibuk korek cari biji kunyit, aku duduk kat sofa dalam rumah kaki tak tahan berdiri lama |
Sebelum bersihkan |
Sesudah dibersihkan, lurus dan panjang je kunyit nya... |
wah tak payah beli dah haa
ReplyDeleteboleh la guna untuk beberapa bulan kononnya
DeleteBanyak isi kunyitnya tu Dana.
ReplyDeleteKalau ada bunga kunyit sedap gak buat ulam.
Rupanya lebih teruk pula kesan selepas +ve ye Dana. Bawa-bawa berehat Dana, jangan buat kerja-kerja berat dulu.
rasanya mcm tak pernah jumpa bunga nya kak.... tak sempat berbunga hehehe. Itulah kak, dana simptom lepas covid lagi teruk dari semasa positif
Deletemenjadi ye kunyitnya.
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteHehe banyak kunyit. Buat makan mentah untuk kesihatan.
ReplyDeletetak reti pulak makan ulam kunyit mentah
Deletebanyaknya
ReplyDeletebuat ulam kalau yg muda2
akak tanam kunyit x penah ambik isinya , selalu guna daun je
tak pernah buat ulam kak , tak tertelan... dana pun tanam memang untuk daun je tapi ni daun pun dah takmo muncul
DeleteAlhamdulillah. Suka tengok hasil macam ni. Bahagia rasa.
ReplyDeletesebab tu suka menanam, halia pernah tanam jugak lepas ni fikir nak tanam sayuran apa lagi
DeleteSebahagian isi kunyit tu bolehlah semai semula untuk dapatkan pokok kunyit
ReplyDeletememang dah semai wak....
Deletefuhhh banyak juga hasilnya tu.
ReplyDeleteBanyak jugak hasilnya tu. Dapat berkongsi dengan adik dan jiran jiran.
ReplyDeletebaguslah kunyit yg dana tanam ni...senang sikit kerja nak buang kulit dia
ReplyDelete