Tuesday, March 1, 2022

TERUNG NAN 2 BIJI

 Assalamualaikum semua,

Terung yang Edy tanam dah di petik walaupun cuma 2 biji je. Betul ke penjodoh bilangan aku ni ya. Dah selamat di masak, Edy siap mintak aku masak garang asem macam yang biasa aku buat. Kira ok lah dapat lah makan untuk tengahari dan malam. Tengah tunggu yang lain untuk jadi buah lagi.


yang lain tengah berbuna


buah dari pokok ke dua

suruh Edy petik takut terlebih lama kang dah tua keras pulak

terung garang asem... aku pernah kongsikan resepinya dekat sini dan sini

24 comments:

  1. Sedap. PC suka terung ni. Tapi tak boleh makan. Tak tahu kenapa bila makan satu badan gatal-gatal. Mula-mula fikir mungkin sebab bukan kerana terung, ada sekali tu cuma makan nasi dengan terung je.. pun naik gatal-gatal. Adalah dua tiga kali makan, tu yang suka dan sedap. tapi badan tak tahan. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak boleh buat apa lah kalau camtu, seksa jugak kalau setiap kali makan gatal-gatal badan

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam...
    Dapat jugak buat lauk sekali hidang. Sedap lagi terus fresh petik dari pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nak tunggu besar lagi takut jadi tua dan keras pulak...

      Delete
  4. Cantik rupa paras terung panjang.
    Harap muncul lagi terung-terung baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, tapi itulah bila musim hujan lebat banyak yg tak menjadi bunganya kak

      Delete
  5. Best kan masak tanaman sendiri tanam....x perlu kuar duit beli dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma itulah tanaman mcm kangkung dengan sawi asyik tak menjadi

      Delete
  6. sronok dpt petik hasil dr tanaman sdiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah, bolehla sikit-sikit kak... takkan tanam bunga ros je kena tanam tanaman yg boleh jadi sayur gak hehehe

      Delete
  7. BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI KAN DANA

    ReplyDelete
  8. Wahh 2 biji pun jd blh masak kan
    sejuk tangan Edy menjadi pokoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg makan nya pun 2 org je kak... Edy kalau tanam sayur memang menhadi

      Delete
  9. Memang menu bawah tu lah yang saya harap dan bayangkan tiap kali nampak terung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu kegemaran Edy tu, kalau akak masak lain dia tak berapa selera

      Delete
  10. Terung muda, segar dari pokok tentu ada rasa manis bila dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula dana ingag nk goreng salut tepung je... tapi dah Edy suruh masak sayur kegemaran dia... kita ikutkan

      Delete
  11. besar juga 2 terung boleh jadi satu hidangan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kak... kalau dapat yg lagi besar mesti best

      Delete
  12. Walaupun dua biji, gembira tak terkata bila tu hasil tanam sendiri.
    Akak ingatkan Dana typo, rupanya memang betul nama lauk tu terung garang asem 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tulah kak... aritu pernah tanam bendi tapi tak menjadi... garang asem atau gerang asem nama panggilannya

      Delete
  13. terung saya jenis kurus panjang...tak tau la kenapa...hahahahahhah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...