Assalamualaikum semua,
Hari ini setelah berminggu hari jumaat sunyi tanpa perkongsian resepi akhirnya aku rajinkan diri untuk cari idea resepi untuk dikongsi. Resepi nya mudah je, lagilah kalau orang malas macam aku ni.Mudah buat sejenis lauk cukup untuk lauk dan sayur sekali.
Bahan-bahannya:
Segenggam pucuk ubi yang kita dah celur
1/2 ekor ayam
1 kotak kecil santan
2 batang serai, diketuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
1 1/2 inci kunyit, tumbuk kasar
10 -15 biji cili api, kunyit
5 batang kacang panjang
Air secukup nya
1 keping asam keping
garam
Cara masak:
- Dalam kuali masukkan 500ml air, masukkan juga bahan yang kita tumbuk dan serai. Masakkan untuk 10 ke 15 minit, atau hingga masak bumbu itu.
- Bila dah masak lepas mendidih masukkan ayam, tutup kan dengan penutup periuk hingga ayam bertukar warna dan masak.
- Masukkan pucuk ubi dan kacang panjang, masukkan asam keping 1 masukkan santan dan tambah air.
- Biar sebati semua, tambahkan garam bila dah secukup rasa dan mendidih kecil boleh matikan api. Siap masak lemak kita
bila dah tambah garam dan mendidih kecil boleh matikan api |
Sedapnyer
ReplyDeleteKalau masak ayam seko macam ni, wak cari ceker sama berutunya dulu
wahhh wak peminat brutu ye... brutu di goreng dengan tepung ranggup sedapnya wak
DeleteLauk ini buat tambah nasi apabila makan.
ReplyDeletelauk yang simple
DeleteDAPNYA TERLIUR MANDANG
ReplyDeletejangan lupa makan tengahari kak
DeleteNasib dah selalu makan hehehe...sebulan boleh katakan tiap2 minggu, menu wajib kan...
ReplyDeletetulah akak lagi lah selalu beno makan menu gini kan...
Deletesedapnya ada pucuk ubiiiii
ReplyDeleteFarhana peminat pucuk ubi ke?
Deletemenu buka puasa smlm MIL akak masak tp xde oucuk ubi la
ReplyDeletePucuk ubi tu tambahan je kak kebetulan pucuk ubi ada belakang rumah
DeleteTak penah masak lemak lemak campur ayam
ReplyDeletesatu kelainan he he
tp pycuk ubi msk lemak tempoyak pekat2 tuh fuhh sedapp
Ini masak lemak cili api ayam kak, takkan tak pernah masak... cuma dana tambah pucuk ubi je
Deleteif aku, selalu masak pucuk ubi ni dgn ayam pencen, tumis dulu bwg dan ayam, bagi air, bila ayam dh lembut masuk pucuk ubi yg dah digosok. fuhh!!
ReplyDeleteSedapnya. Masuk pegaga pun sedap juga. Nak2 ayam pencen.
ReplyDeleteSedap ayam masak lemak cili api. Belum pernah lagi campur pucuk ubi. Sekali campur sayur je senang kerja masak kan.
ReplyDeletedapnye bab pucuk ubi tu.. yum yum!
ReplyDeletelama dah tak buat...
ReplyDeletenikmatnya makan masak lomak yg pedas2
Sedapnya.. Ayam ada, sayur pun ada.. best..
ReplyDelete