Assalamualaikum semua,
Entri paling aku suka, sebab boleh letak banyak gambar dan bercerita dengan gambar tu. Hari ini pagi-pagi dah hujan dengan anginnya lagi, semalam petang lagi lah hujan lebat macam apa, moga tak sampai banjir kilat yang teruk la ya. Jom layan cerita bergambar.
|
Minggu lepas keluar lepas maghrib cari barang, tengok lampu ni terasa tak sabar nak puasa dan raya, sedangkan lampu ini tiap hari hidup hehehe |
|
lepas beli barang makan dekat kedai, dah lama sangat tak makan kat kedai macam ini. |
|
Jumaat minggu lepas ada gotong royong, aku sediakan sandwish sardin, kepala roti biasa tukang buat yang makan heheh |
|
dah lama sangat tak makan buat air coktail, sedap betul bila dapat minum |
|
aku mintak kuali saiz kecil beli di Ikea |
|
aku nak kuali yang tinggi sikit supaya mudah nak masak tumis-tumis tanpa guna kuali besar |
|
Terus rasmikan petang tu kualinya |
|
semalam dia balik sekolah lambat sebab ada koko, lepas mandi suruh makan nasi goreng tapi ayam dan sup dia tak nak |
|
ada pegawai dekat pejabat bagi kurma, alhamdulillah |
|
teringin pulak makan aiskrim, order dekat staf jupem je |
|
dia la paling suka dapat makan aiskrim |
|
paparazzi ada di mana-mana, aku tengah membebel dia ambil gambar |
|
2minggu lepas adik hantar gambar katanya pokok ceri surinam dah berbuah |
|
minggu lepas hantar gambar lagi, katanya dah merah... apa lah rasanya tu agaknya ya, pokok ini aku belikan untuk emak dah lama tapi sebab asyik di pindah-pindah dia tak berbuah. Bila dah lama tak pindah akhirnya berbuah jugak dia |
Kedai tomyam dah banyak buka. Banyak lauk dipesan.
ReplyDeleteBaru tahu ada ceri surinam.
sejak dari pkp tahun lepas dah bukak dah kedai siam dekat rumah ni...
Deleteceri surinam dan ceri barbados pun ada juga
sama la klo ke ikea tu kuali juga yg dicar
ReplyDeleteitulah, benda wajib beli
DeleteDana kurma tu ko nak makan ko kopek dulu, Sis seramm betul kalau kurma gitu.. huhuhu..
ReplyDeletehhahhaha mmg selalunya kopek sbb dah biasa terjumpa hidupan dalam kurma tu kak oi
Deletekami panggil buah surinam tu cermai merah. Buah dia cantik sgt. Rasanya tak sedap bagi saya n famili. Takde sape makan... buat hiasan je buah dia.
ReplyDeletetak pernah rasa lagi camne, adik2 kt kmpung dah rasalah entah camne
DeleteBERSELERA AIYAN MAKAN SEDAP MENUNYA
ReplyDeletebalik sekolah memang lapar selalunya kak
Deleteperkara yang best...makan hehehe
ReplyDeletesudah semestinya
DeleteCantik ceri surinam ni. Satu lagi ceri barbados. Cantik dubuat tanaman hiasan dan banyak khasiat. kelaparan pula tengok banyak makanan ni. :P
ReplyDeleteya betul tu lain sikit dari ceri malaysia yg biasa tu
DeleteRasa macam nak pi makan tomyam la...dapnyaaa....
ReplyDeleteapa lagi kak sebelum pose nih....
Deletemasih ingat beberapa thn lepas, aku beli kuali dari ikea bawa balik miri! usung ke sogo, TAR, CM dalam bag recycle.
ReplyDeleteceri surinam tu masam ke manis eh if masak?
suka tgk gambar makanan dgn pokok dana
ReplyDeleteBuah ceri surinam tu masama kan rasanya Dana.
ReplyDeleteWah.. ceri surinam tu menarik.. First time tengok..
ReplyDeleteSesekali makan kat kedai seronok jugak. Lama dah terperap kat rumah. Aiyan lah seronok dapat makan macam-macam kalau ikut mama. Dah semestinya kak, kita lah tukang makan bahagian roti paling atas tu. hehe..buah ceri surinam macam buah cermai tapi versi merah.
ReplyDelete