Friday, April 1, 2022

RESEPI KACANG PANJANG TUMIS DENGAN SUHUN

 Assalamualaikum semua,

Ini antara sayur kegemaran aku, mudah ringkas dan sedap. Ratah macam tu je pun boleh, kalau tak nak guna ikan bilis boleh guna udang itu lagi sedap ooooo. Ini antara menu sayur paling aku suka masak bila bulan puasa sebab ringkas dan tapi buat berselera makan. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

8 batang kacang panjang, hiris serong

1 paket suhun dan tauhu kering, rendam hingga lembut 

5 biji cili api, potong serong

sedikit ikan bilis

2 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

1 sudu sedang kicap manis jalen

garam 

Cara masak:

- Tumis bawang putih, bawang merah, cili api dan bilis hingga layu.

- Masukkan tauhu kering yang telah di hiris kecil, tutupkan dengan penutup biar cepat lembut tauhu kering.

- Lepas tu masukkan kacang panjang kacau-kacau hingga nampak layu sikit

- Masukkan suhun, garam dan kicap kacau hingga sebati semua dan matikan api. Siap

merasmikan kuali baru hehhee


blur pulak

sebelum masukkan garam dan kicap

siap, aku suka masak yang kering gini bila ada suhun... ini ratah je pun best

16 comments:

  1. Wow...nampak sedap...bleh la masak macam ni nanti masa sahur atau buka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana suka msk gini kalau sahur kak...

      Delete
  2. wow sedap sgt tu sayur mayur ni mmg feveret

    ReplyDelete
  3. simple yet tasty! sesuai utk buat sahur nanti...

    ReplyDelete
  4. Jadikan diet pun boleh.. kenyang pun kenyang..hehe

    ReplyDelete
  5. Idea masak-masak untuk lauk sahur ni Dana. Yummy!
    Thank you :-)

    ReplyDelete
  6. anything berasas kan soya dan jenis kekacang aku suka. nampak sgt menyelerakan

    ReplyDelete
  7. kalau balik kampung di Selangor dan ziarah ke rumah mak sedara di Perak, selalulah makan nasi lauk begini Dana. Sedap sangat!

    ReplyDelete
  8. Memang sedap ni. Boleh ratah terus je tanpa nasi kan. Fav :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...