Thursday, March 17, 2022

PHOTO DIARY #9/2022

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah mula kerja, harapnya semua berjalan lancar. Tapi boleh pulak lif bangunan ni rosak pulak, balik nanti kene turun tangga la jawabnya. Esok kene menapak sampai tingkat 6, lembik lutut oi. Ok lah jom lah kita layan cerita bergambar ya. 

cik Teh ni kalau tidur memang kerjanya terkangkang gini, rasa nak cubit je

Jimbo ni memang suka tunggu orang makan, ini dia usha je acik Aiyan dia makan nasi

Tengah galak berbunga, 5 kuntum sekali 1 jambak ni

ini bunga baru, blue moonstone ros namanya

roti coklat ni tak berapa laku, aku potong 4 lepas tu goreng dalam air fryer, jadi ranggup laju je Aiyan ngap

3 generasi siam dekat rumah ni, kanan sekali emak, belakang tu anak batch pertama, depan sekali anak batch ketiga

seekor je yang helok warna siam nya, emak dan yang depan tu siam comot, stokin pun tak sama tiap kaki

petang bila entah masa tu hujan patut la dia senyap je, rupanya tertidur sampai lepas maghrib tidurnya

bila aku kurang selera makan, aku suka buat bawang merah kecil jadi ulam

dia usha je acik Aiyan nya makan udang goreng, makin lama makin dekat 

Esok pagi nya aku dan Edy berkebun tepi rumah, dia keluar kejap aku ambil gambar terus hilang, macam YB buat lawatan hehehhe

pasu kunyit dah takde, letak bunga ros lah belah sini... 

rumput dekat tempat pokok terung dia rajin lak dia cabut, dok tambah tanah dan letak buluh dekat terung dia

ros kampung yang tak jemu berbunga

sate secucuk 80sen... 

semalam petang hujan lebat, duk letak payung dekat ampaian sebab bumbung depan tu kadang ada yang bocor

tengok si cik Teh, bukan main sedap kaki dia lepak dekat bontot acik Aiyan nya

15 comments:

  1. Cuak tengok gambar last, kot Aiyan terlupa/tak perasan…haha
    Semoga esok lif dah OK, kena get ready kasut yang sesuai untuk mendaki tangga la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheeh kadang dia bukan heran kene tindih pun dia tak kisah... lif ni entahla kak bila nak elok

      Delete
  2. Comel2 baka siam
    snowy akak.pun org kt baka siam makin lama bulu kembang dan tukar warna x putih sgt dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baka siam yang bulu mcm siam ada jugak baka siam tapi bulu tak nampak sgt corak

      Delete
  3. uteh tu cam kucing baru aku. cantik2 bunga dana

    ReplyDelete
  4. Hehe Jumbo itu tidak pula kuis makanan Acik Aiyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dia Jimbo bukan Jumbo kak oi hhahahah... jumbo tu nama gajah

      Delete
  5. moonstone rose tu macam buang peony lah

    ReplyDelete
  6. Macam macam aksi kucing. Ada jugak peneman Aiyan. Hehe..kelakar baca macam YB buat lawatan. cantik bunga blue moonstone ros tu.

    ReplyDelete
  7. kat rumah ammi roti coklat tu si Ozil sorang je suka. Khilfi suka butterscotch, Kyra suka pandan...eh tak kerja nak beli sorang satu..beli roti putih je sudah.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...