Wednesday, June 30, 2021

AKU, DONAT DAN JIRAN SEBELAH


 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dah 2 hari tak membalas kuih pemberian jiran sebelah. Dia pun hari-hari hantar, balas dendam la tu sebab ada minggu lepas setiap hari aku bagi kuih tapi dia tak sempat balas hehehhe 😁😁😁. Semalam petang dalam pukul 4 lebih aku tengah dok fikir apa lah kuih nak buat, sudahnya aku nak buat donat jelah. Senang pun iya, aku terusla dok letak tepung apa semua dalam bread maker untuk dia uli. Lepas tu dalam pukul 6 sambil tunggu perkembangan donat tu, boleh pulak dengar orang bagi salam, Edy yang keluar ambil. Masuk dalam rumah je dia gelak kat aku sambil tunjuk donat sebekas. 

Edy gelak dan kata, `mesti jiran sebelah tahu awak nak buat donat terus cepat-cepat dia buat dan hantar kat rumah kita hehehhe`. Sakit hati pulak aku, yelah dah lari lah aku punya rancangan. Nasibla aku teringat ada inti kacang merah kat rumah, jadi aku tukar la jadi donat inti kacang merah. Petang tu selamat la hantar ke jiran menu yang lain bukan donat biasa heheheh. 

Donat jiran sebelah, dia dah 2 hari bagi aku bomboloni lepas tu semalam donat pulak dia pun mesti dah kehabisan idea heheheh 

Ini donat inti kacang merah aku... menggoda ke idok heheheh 

             

34 comments:

  1. meriah ada jiran rajin masak...dpt la bertukar rezeki kn..jrg sgt la skarang ni nk jmpa jiran yg bertukar rezeki ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pkp tahun lepas memang ini antara rutin harian... bila dah pkpb dan mula kerja hujung minggu je baru ada balas-balas kuih ni... hehehe

      Delete
  2. ade chemistry ngn jiran sebelah.. menu donut pon sama..
    nasib baik blh alter ltk inti kacang merah.. haha..

    alhamdulillah murah rezeki.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... kalau ikutkan mati kutu gak nak cari idea

      Delete
  3. "Kuberikan donat,dapat kembali donat" begitulah agaknya kata jiran tu

    ReplyDelete
  4. Seronoknya bertukar2 makanan mcm ni.. Kalau zhi kat KL, sebelah rumah org arab, asek nak memekak marah anak dia je. Zhi nak hantar makanan pun malas. Hahahahah.

    ReplyDelete
  5. Bestnya bertukar tukar makanan ni, dapat eratkan hubungan sesama jiran, berkongsi rezeki antara satu sama lainn hehehe

    ReplyDelete
  6. Ini lah yang dipanggil bagi donut, dibalas donut. 🤣

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, favourite saya nih donat..best dapat jiran baik2 alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapala yang tak suka donat kan lagi, bila panas-panas

      Delete
  8. Hehe, boleh sama pulak ye, nak bagi donut. Rajin jiran memberi. Kita pun kadang habis idea apa nak bagi. Tapi Dana memang hebat buat kueh dan roti. Gebu je tengok donut kacang merah Dana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara kuih yg mudah kak donat ni, buat minum petang memang layan... dana guna resepi sama macam buat roti je kak

      Delete
  9. Bertambah hebat Dana sekarang, nak makan apa terus buat sendiri.
    Keep it up okay. Sis tumpang seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh aduh takde hebat mana kak, yg biasa-biasa je

      Delete
  10. Dana kalau kak ana tak pindah dulu, syoknya berjiran dengan Dana kan huhu :)

    ReplyDelete
  11. SEronok dapat jiran mcm ni. SAya pun antara dapat rezeki jiran yang suka bagi buah tangan. Balas2 pemberian. Seronok. itu je mampu time musim PKP ni. tak lebih seminit pun jumpa tepi pagar. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kami takde pagar maklum aparyment heheheh... lagi senang nak antar juadah

      Delete
  12. Alhamdulillah dpt jiran yg rjn n dpt saling bertukar kuih

    ReplyDelete
  13. Haha nasib baik boleh tukar doh itu ke kacang merah.
    Aduh menggoda inti, teringin hendak merasa donut Dana buat.

    ReplyDelete
  14. nice nyer jiran, dana.
    untung!
    terkenang aida kat jiran2 lama di rumah lama.
    lebih 12 tahun dok bersama, da jadik mcm adik-beradik, dana.
    kat sini, jiran lom mesra. lagipun dok pkp.
    camne nak ada kan majlis bermesra, kan :)
    da 2 kali raya pun tak dpt nak bertukar kunjungan.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..untung dapat jiran baik kongsi rezeki. Sedap tu donut ada inti kacang merah.

    ReplyDelete
  16. Okey..serius akak tergoda dengan donut inti kacang merah tu....sedapnyaaa...nape la akak x pandai buat donut..dana plis buat tutorial step by step...

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat jiran yang rajin tukar-tukar juadah ini..
    Suka donut kacang merah tu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...