Friday, June 18, 2021

RESEPI SERIKAYA KUKUS

 Assalamualaikum semua,

Maaf hari ini lambat buat entri, tadi pagi pukul 9.30 pagi ke pejabat ingatkan ada kerja penting tapi alahai. Siap 1 kerja terus balik sebab takde kerja lain dah, nasibla dapat boss yang sangat manja ni, maklumla kami ni ' yang menurut perintah'.

Musim PKP3.0 ni banyak koleksi resepi baru yang aku nak kongsikan. Kali ini aku nak kongsi kuih yang popular di pantai timur terutama Terengganu dan Kelantan, kuih sekaya. Aku pernah makan dan biasa ada dibazar ramadhan, sedap kuihnya lemak manis.

Bahan-bahan:

6 biji telur

1/2 cawan gula pasir

1/4 cawan gula merah

2 helai daun pandan

Sedikit garam

1 kotak kecil santan

Sedikit esen vanilla

Cara masak:

- Panaskan air kukusan 

- Pukul telur gula pasir, gula merah dan daun pandan hingga berbuih 

- Masukkan santan, garam, esen vanila pukul lagi hingga sebati

- Lengserkan sedikit minyak pada loyang, dan tapiskan bancuhan tadi ke dalam loyang.

- Pastikan air dah mendidih baru letak loyang, lapiskan penutup pengukus dengan kain. Kukus selama 30 ke 40 minit atau sehingga masak.

- Keluarkan dari pengukus, sejukkan dulu dan simpan dalam peti ais sebelum potong. 

Bahan utama nya

Pukul telur, gula dan daun pandan

Setelah tambah dengan santan, garam dan esen vanila pukul lagi

Sebelum kita kukus

Lepas buka penutup, dia naik kembung

Lepas tu dia memang akan kedut dan kecut macamni

Lepas dah simpan dalam peti kita keluarkan dia

Bagi kat jiran sikit..
 

28 comments:

  1. lps kukus tu naik tinggi ye...kuih tradisional camni slalu mama akak yg suka buat..anknya yau mkn je hehe

    ReplyDelete
  2. Uish…rajin sungguh Dana ni try macam-macam tau. Bila la akak nak rajin nih..haha

    ReplyDelete
  3. Dah berpuluh tahun akak tak jumpa kuih ni dana..dikelantan dipanggil gerodok telur..pemes masa bln posa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana pernah makan masa ke bazar ramadhan di terengganu kak

      Delete
  4. UUUiiiii.... Dana! Sedapnya! Kalau tak ingat manisnya gula, mau setengah loyang ni masuk perut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, kurangkan gula biar manis buah je

      Delete
  5. pandai dana msk kuih tganu sedap tu

    ReplyDelete
  6. Rajin nya kak dana masak, kuih ni anak buah saya suka nau makan

    ReplyDelete
  7. kuih lembut2 camni biasanya sedap. walau tak pernah rasa, aku imijin kuih ni sedap sebab ada pandan, gula merah

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Kene cuba buat ni syaz, akak pun kat selangor ni payah jumpa

      Delete
  9. Kuih favorite! Selalu cari setiap kali pasar tani, pasar malam dan bazaar ramadhan. Seloyang boleh habis kalau sekali hadap hahaha. Makan sejukkk sejukkk lagii sedapp! Ada satu lagi kak dana, dia ada pulut dekat bawah. Nama dia tok aji serban. Sedapppp jugakkkkkk. Dia lebih kurang je dengan sekaya ni, beza dia ada pulut dengan tak ada pulut hehehe. Seri muka pun sama, tapi warna hijau. Pandan rasanya kalau tak silap saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tok aji serban org terengganu panggil, atau dipanggil pulut sekaya kan... akak pernah makan juga.. dia macam seri muka tapi atas dia tu gantu dengan sekaya

      Delete
  10. First time nampak. Mudah cara pembuatannya. Kalau teringin boleh cuba.

    ReplyDelete
  11. nampak sedap, dana.
    akak tak pasti rasa ni camne.
    tak pernah makan!
    mcm nak try la. sementara free byk ni ha ha ha ha :)

    ReplyDelete
  12. Akak x pernah nampak...first time tengok ni..nampak sedap..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...