Thursday, June 3, 2021

PHOTO DIARY #20/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ke 3 total lockdown, otak ni asyik fikir nak masak apa untuk sarapan, tengahari dan malam. Jiran sebelah ini hampir tiap hari beri kuih, aku pun gigihla cari idea apa untuk dibalas. 

Oklah tak nak bebel panjang sebab nak masak sarapan kejap lagi. Oklah jom layan cerita bergambar.

Budak belakang ni asyik tanya bila nak masuk sekolah lagi... hari-hari tanya

Langgan Kampung Pisang Muzikal Raya, memang best

Lagu best jalan cerita pun ngam

Umah kami raya ke tak lampu lip lap memang sentiasa pasang

Teringin makan pulut kuning dengan rendang kerang lepas tu ada jiran bagi lemang dan rendang maman, sedap jugak maman tu

Mama beli troli, sibukla dia nak tolak macam kat pasaraya katanya

Memang niat nk buat letak biskut raya tap eh tray bawah ada penunggu 

Pokok kacang botor dan ubi kayu yang bergabung... ah sudaj

Budak pakai stokin ni, makan memilih berat dia baru 2 kg lebih je

Setelah atok baiki bagi tapat sikit lantai tu


Amboi, gaya dia...kalah model antarabangsa

30hb lepas abah dah setel 2 dos vaksin tinggal tunggu giliran mak pula

Semalam makngah hantar gambar buah namnam

Buah sulong katanya, benih pokok ni ambil kat rumah mil dalam 9 tahun dulu, makngah tanam tepi rumah kat kampung tak sangka berbuah juga

21 comments:

  1. pening juga kan nak fikir sarapan mkn tghari dan malam ni
    emmm sama la

    ReplyDelete
  2. Kesian anak-anak sekolah yang asyik terkurung. Firdaus pun bosan duduk di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jelah kak, tiap pagi soalan sama je...

      Delete
  3. tengok lemang dana perut mencerut lapar

    ReplyDelete
  4. hahah troli last tu dah ade yg cop tempat dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kene isi cepat, kalau tidak memang dia punya

      Delete
  5. Sedap plak nampak lemang tu ha....teringin sudah....nanti selasa ada pasar tani nak pi beli la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak... sedap lembut rendang maman pun sedap

      Delete
  6. Si pakai Stokin itu apalah yang ia makan.
    Hehe ada troli untuk balang kuih raya. Banyak bekas kuih raya boleh letak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan wetfood sikit, kibbles tu makan jugak tapi sikit..sejenis memilih makan

      Delete
  7. Yang penunggu bawah tuu nampak mata je bersinar sinar hahahahah
    Eeeeee comel comel la kucing kak dana! Gerammm kita nengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah udah hitam duduk dalam gelap, troli lak hitam...nampak mata je

      Delete
  8. Makk oiii...mau terkejut tgk makhluk hitam dok landing tu

    ReplyDelete
  9. Kat kebun wak pokok maman tumbuh bukan main banyak macamlah rumput
    Tapi tak pernah amek buat masak.

    ReplyDelete
  10. Kak dana..shida pun lama x makan..pulut kuning..teringin juga ni..huhuu

    ReplyDelete
  11. Sama la, anak bongsu akak pun kata, lagi best sekolah dari pdpr. Huhu...
    Sedapnya pulut kuning dengan rendang kerang.
    Comei kucing duduk dalam troli.

    ReplyDelete
  12. Mesti Aiyan dah bosan duduk rumah tu asyik bertanya bila nak sekolah. Rezeki jiran bagi makanan. Tak pernah makan buah namnam. tengok in real pun tak pernah. huhu

    ReplyDelete
  13. yg belakang tu best p skolah sbb ada kawan.. cian dia

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi rasa rendang manman tu.. sedapnya rendang kerang..
    Sha baru tahun ini pasang lampu liplap tu.. Meriah pula rumah rasanya bila ada lampu tu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...