Friday, June 11, 2021

RESEPI AKOK PANDAN KEDUT

 Assalamualaikum semua,

Dah hari jumaat kita ya, Syawal pun dah berakhir nak masuk bulan Zulkaedah esok. Terasa sekejapan nya Syawal tahun ini, tanpa ada kunjung mengunjung cuma duduk di rumah. 

WFH tapi bila petang otak sibuk fikir nak masak kuih apa. Lagila bila jiran-jiran duk bagi kuih kita pun sibuk nak membalas. Google kuih mudah yang aku belum pernah buat PKP tahun lepas. Jumpa resepi buat akok kedut. Bahan nya senang, cara masak pun mudah , rasa pun sedap apa lagi. Jom aku kongsikan resepinya.

Bahan-bahan:

7 biji telur

250g santan (santan +air)

1/2 cawan air

1/2 cawan tepung gandum

3 helai daun pandan

100g gula melaka (nak manis tambah 1 sudu gula pasir)

Sedikit garam

Cara masak:

- Masukkan 1/2 cawan air+gula melaka+daun pandan yang dihiris dalam blender dan kisar hingga hancur.

- Tapiskan air pandan, dan masukkan semula ke dlam blender. Masukkan semua bahan lain dan kisar lagi hingga kembang

- Panaskan oven suhu 180c selama 15 minit dan lengserkan muffin tray dengan minyak. Masukkan tray dalam oven untuk 10 minit.

- Keluarkan tray dan isikan dengan adunan tadi hingga 3/4 penuh dan masukkansemula dalam oven bakar dengan suhu 180c selama 20 ke 25 minit ikut pada kepanasan oven masing-masing.

- Bila dah masak keluarkan, kalau berkedut tu kira jadilah ya. Selamat mencuba

Air, daun pandan dan gula melaka

Selepas di tapis

Bahan lain nya

Setelah di kisar semua bahan

Panaskan oven dan panaskan juga muffin tray

Jangan penuh nanti dia akan kembung 

Dia naik sikit, bau dia harummmm

Dah 20 minit, dia naik kembong bulat comel

Tapi bila keluarkan dia surut dan kedut gini

Jadilah akok pandan kedut

Dalamnya

35 comments:

  1. Kuih kegemaran ni! Walaupun saya orang Johor, saya suka akok.. huhu... Tapi x pernah try.. sebab nak jugak rasa ori dari org Kelate . tapi tengok mcm senang je.. kena try ni... hm .tapi...oven takde... guna air fryer.. suhu kurangkan sikit.. maybe ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun org johor, tp suka jugak makan akok... boleh je guna air fryer adjust kepanasan nya... insyallah ok

      Delete
  2. Wah...menjadi erk...best nak repeat lagi bila buat menjadi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kak... dana siap buat 2 kali tu sebab sekali siap dua beranak tu terus ngap-ngap, kene buat adunan kedua baru dapat bagi jiran

      Delete
  3. elok dana buat dlm acuan muffin camtu
    good idea he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana takde acuan kuih cara atau acuan akok, jadi pakai muffin tray lg senang rupanya kak

      Delete
  4. sedap sengoti tu. kalu minum dgn air teh o lagi menyangkut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh be, layan dengan teh o panas memang best

      Delete
  5. Sedapnya dapat makan panas dari oven, mesti mewangi bau pandan.

    ReplyDelete
  6. makan panas2 yummyy...ingt dlu2 mak akak wat jual bln puasa...ptg2 akak la delivery ke umh jiran yg wat tempahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak makan panas-panas lagi best, sekali siap tu habis 2beranak makan... hehehhe

      Delete
  7. Bila WFH memang nak kena fikir nak masak apa hari ini kan hahhaa...

    Bulan puasa selalu orang jual kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak kuih yg selalu muncul dibulan puasa

      Delete
  8. Wah, jadi tu, Dana. Makan panas-panas, best! :)

    ReplyDelete
  9. wow... menarinya... lembut sgt tu, boleh akak cuba ni... thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Wahhh menjadi akok kedut kak dana. Cantik kejadiannya.
    Makan panas panas lagiiii sedappp!

    ReplyDelete
  11. Dana...akak is jeles sbb walaupun akak org kelantan tp tak pernah buat akok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe takpe kak nnti minta chef alia masakkan

      Delete
  12. Haah nampak kempis dan kedut. Mesti sedap Dana buat.

    ReplyDelete
  13. Beberapa kali baca tajuk tu asyik baca resipi pokok pandan je.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Tak suka akok sebab biasanya manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni buat sendiri memang tak manis wak...dana pun xminat yg manis sangat

      Delete
  15. rajinnya dana buat akok sedap tu

    ReplyDelete
  16. sgt suka akok ni tapi skrg dah susah nak cari. org zaman skrg dah tak reti sgt buat kuih tradisional

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini mudah lagi jumpa kt kedai makan kelantan cuma musim pkp nih pergerakan terbatas

      Delete
  17. Laku kembali daun pandan. Menjadi kak Dana buat Akok. Bahan bahan dia sikit je. Nampak mudah juga nak membuatnya.

    ReplyDelete
  18. wahhh macam sedap ja ni buat minum petang

    ReplyDelete
  19. Wah.. rajinnya Dana.. Sukalah part blender daun pandan tu.. Pewarna semula jadikan Dana..
    Sha tak pernah makan Akok ini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...