Assalamualaikum semua,
Dah sampai hari khamis ya, kejap je rasa udahla asyik duduk rumah je kan. Semalam aku ke pejabat rasa bahagia kejap dapat berjalan jauh sikit, cuma itulah pejabat sunyi ja.
Takmo bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.
|
Jiran bagi jambu boll, lama betul tak makan |
|
Kebetulan Maktek dan Ecah datang dapatla makan jambu boll tu |
|
Sebelum balik memang aku offer Maktek nak ambil apa-apa sayur tak, kebetulan bayam brazil tengah subur suruh dia petik |
|
Maktek ada bawak baju masa Ecah bayi, teringin nak pakaikan kat kucing heheheh... cik Teh pakai tapi tanpa rela |
|
Udahnya pakai kan kt cik Tam , nampak selesa je dia seban dia tak cuba buka pun baju tu |
|
Buah rotan, dah lama tak makan.... beli kat shopee mujur sedap |
|
Bela kucing kalau rumah tak sepah tak sah, tak tau camne nak ajar supaya mereka behave je 😳 |
|
Lauk paling sedap boleh bertambah makan bila jumpa |
|
Sofa ni dah jadi tempat lepak diaorang, kalau dengan aku selamba je aku duduk atas diaorang heheheh pastu depa lari lah |
|
Balik dari pejabat singgah nursery... cantik segala keladi ni comel tapi tulah tak minat nak jaga |
|
Ini sebab utama aku singgah, minggu lepas ada sikit je.. aku yak beli sebab beli tanah je dan takde tunai |
|
Udahnya 3 pokok aku TERBELI, lagipun ada beberapa pokok bunga ros yang mati dah |
Terhibur tengok kucing-kucing Dana. Rasanya tidak bosan duduk rumah, ada sahaja akal mereka buat aksi.
ReplyDeleteMemang menghiburkan tapi bila mereka menyepah kan rumah geram
DeleteTergelak akak, tengok anak bulus pakai baju. :D
ReplyDeleteBestnya, nursery buka. Kat sini, tutup, Dana. Non-essential item. Lama tak beli pokok.
Bestnya lauk tu, setuju bebenor! Ikan bilis goreng dengan bawang dan cili api. Marbeles!
Tu lah nak beli baju untuk kucing mahal, nasib ada baju Ecah masa kecik. Dekat sini nursery bukak kak, itu yang laju je singgah balik dari kerja
DeleteJambu boll, antara buah jambu yang sedap. masam manis. Susah nak jumpa dah buah ni. Ada kucing haruslah bersepah rumah dikerjakan lari sana sini. hihi..bertabahlah. Wahh menambah pokok bunga ros lagi kak dana.
ReplyDeleteItula susah nak jumpa dah kan sekarang jambu tu, banyak pokok yang mati aritu dik itu beli lain
DeleteAmboii kecur tengok jambu tu..terbayang cicah dgn kuah rojak..nyum nyum
ReplyDeleteItulah kan kak, kalau yang masak tu dana makan gitu je kak
DeleteJambu bol tu memang dah lama sangat tak jumpa. Kecik2 dulu selalu panjat pokok jambu bol di rumah nenek. Jampu yang masih kelat pun dikekah atas pokok!
ReplyDeleteBetul tu kak, dulu depan rumah arwah nyai ada pokoknya tiap kali musim berbuah dah masak memang kerjanya lepak bawah pokok jelah
DeleteComelnyaaa kucing kucing kak dana! Pos sini sekor kak dana, gerammmm tengok kegebuan sekor sekor hahaha, comel betull bila pakaikan bajuu, tak rimas pun nampakkk, kucing saya pakai loceng punn dah macam histeria dia melompat.
ReplyDeleteKalau dekat dah akak bagi, banyak kucing akak ni... ramai -ramai buat sepah
Deleteampak comel ja diktam dgn bajunya
ReplyDeleteDia punya badan pun dah muat-muat bajunya kak, gendut dia tu
Deletecomelnya cik teh pakai baju tu
ReplyDeleteTapi dia xredho, muka stress je
Deletewahh..ada bela kucing rupanya..kat rumah akk ni asalnya dari sekor datang mintak makanan, sekarang ni dah jadi berbelas ekor..hihi..sebabnya yg dtg tu kucing betina n produktif..kiki..
ReplyDeleteSamalah kak, ni anak-anak yang jantan dah kene sunat tapi emaknya belum lagi
DeletePoko bunga rose ni memang cantik
ReplyDeletetapi susah nak jaga
Ros kampung tahan lasak wak ros biasa kadang agak renyah, aritu sebab hujan je tu ada yang mati
DeleteSedapnya jambu bol...cantik jugak pokok bunga ros tu...
ReplyDeleteJambu bol dengan buah rotan tu dah lama tak makan.. Dah susah nak jumpa..
ReplyDeleteCantik subur hasil tanaman Dana..