Assalamualaikum semua,
Hari jumaat, hari yang dinanti sebab tak sabar nak kongsi resepi yang banyak aku simpan. Kali ini aku nak kongsi resepi bingka ubi kayu, aku suka makan kuih ini tapi tak pernah terpikir boleh buat sendiri, ingatkan susah tapi rupanya senang. Rasa dia pun sedap, lemak dan kenyal.
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan ubi kayu parut
1 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar gula merah
Sedikit garam
Cara masak:
- Campurkan semua bahan hingga sebati
- Lengserkan sedikit minyak pada loyang dan masukkan bancuhan bingka
- Bakar dalam air fryer suhu 200 selama 30 minit, kalau rasa kurang garing tambah lagi 10 minit.
- Nak tahu dah masak ke belum, bila kita cucuk bingka dengan lidi, dia keluar dengan bersih tak melekat itu kira dah masak
- Dah sejuk boleh potong, selamat mencuba.
Campurkan semua bahan |
Gaul hingga sebati ya |
Sebab sikit aku masak dengan air fryer je |
Atas dia tu bukan hangus tapi kerak tu sedapppp |
Dalam dia tu pun moist |
Aku suka bau ubi kayu tu |
Dah lama tak mkn bingka ubi..
ReplyDeleteRajin betul Dana..
Akak beli je..
Kalau dekat boleh hulur piring š¤
Teringin kak... itu buat tu
Deletewahhhh boleh guna air fryer! Nak try buat tapi takde sape nak makan hahaha
ReplyDeleteBoleh dik oi... heheheh, kalau gitu beli jelah
DeleteSedapnya bingka ubi. Saya belum lagi gunakan air fryer untuk bakar2 kuih.
ReplyDeleteKadang malas nak guna oven itu pakai je air fryer kak
DeleteSedapnya bingka ubi. Bagusnya boleh guna air fryer gak. Senang kerja macam tu.
ReplyDeleteBoleh dik... fungsi sama lebih kurang macam oven kan
DeleteNak bahagian yg garing tu dana..
ReplyDeleteItulah kan kak, dana pun suka garing tu
DeleteCari ubi kayu, tak jumpa lagi ni. Teringin nak rebus cicah sambal tumis je pun.
ReplyDeleteBerbaloi sungguh Dana beli AF, dah macam-macam dimasak.
Itulah kak dana pun tingin nk makan ubi rebus cicah sambal, tapi Edy beli ubi pun 2 ketul je itu buat bingka
Deletewahh..sedap ni Dana, akk pernah buat time PKP tahun lepas, tapi tak jadi sangat..rasa dah okey.Nanti nak cuba guna resepi Dana lah, nampak mudah.
ReplyDeleteSenang dan mudahnya kak dana buat bingka ubi pakai air fryer jeeee, berbaloi beli air fryer kan kak dana hahaha. Cara nak buat punnn senang.
ReplyDeleteCantik betul kejadian dia
ReplyDeleteSuka bingka singkong ni
ReplyDeletesedapnya bingka ubi rjn dana olah
ReplyDeletemenjadi nampak bingka tu. saya pun suka makan bingka ubi kayu, tapi biasanya beli je kat gerai depan rumah.
ReplyDeleteBingka ubi! Dah lama tak makan. Kalu teringin, saya beli je sebab kat rumah xde yang suka makan bingka ubi ini hehehe :)
ReplyDeletewah bingka ubi air fryer..yummy
ReplyDeleterumah mampu milik johor
ReplyDeleterumah mampu milik
beli rumah pertama
cara beli rumah pertama
kebaikan susu
ReplyDeletesusu tepung rendah lemak
jenama susu
waktu sesuai minum susu
susu yang bagus untuk bayi
ini antara kuih feveret asben aida.
ReplyDeletesusah nak jumpa kalau nak beli.
pernah aida buat sekali, dana.
tapi guna oven.
ni boleh la tiru dana, guna air fryer.
Memang nampak sedap..elok kejadiannya...masalah akak x leh makan ubi..apa je jenis ubi...jeles tgok korang bleh makan macam- macam
ReplyDeleteSedapnya binka ubi.. Tapi tu lah.. Kalau buat tak ada yang nak makan.. hehehe..
ReplyDelete