Tuesday, June 8, 2021

POKOK KACANG BOTOR/KECIPIR/KELISA


 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan semalam tak sempat buat entri. Sedar-sedar dah petang, tapi entah apa je dibuat bersekali dengan takde idea apa yang nak dibebelkan. 

Hari ini walaupun lewat aku nak kongsi pokok kacang botor yang Edy tanam. Gigih aku beli buluh sebagai pancang tanaman supaya dia boleh memanjat. Hari tu Edy guna batang ubi, sudahnya batang ubi tu keluar pucuk dan berdaun lebat, pokok kacang pun mula memanjat dan serabut jadinya.

Sejak dah betulkan pancangnya nampak makin banyak berbunga, siap sibuk kira heheheh.... Hari ini tengok dah muncul 1 biji kacang botor, moga semuany menjadi dan lebat la. Tak sabar nak petik buat ulam dan sayur 😁

Bergabung dengan pokok ubi

Beria mengira bunga nya, ini gambar sabtu lepas

Cantik kan bunga nya


Gambar pagi tadi... 

Semakin banyak bunganya

Edy pun sibuk teruja pokok dia tanam dah keluar buah sulong 

27 comments:

  1. sedapnya kalau buat kerabu kacang kelisa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kalau banyak nanti teringin juga buat kerabu

      Delete
  2. Siap beli buluh tu buat pancang. Cantik pulak pancangnya tu kak. Bagus gak tu ada pancang sendiri dari tumpang pokok ubi. Yang muda sedap tu buat ulam :) Siapa je tak teruja bila tanaman berhasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli buluh pastu laki akak ikat dengan tali rafia bagi kukuh, baru nampak dia makin banyak berbunga

      Delete
  3. Jgn ralit nnt dh tua tak sedap...akak suka sgt buat ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenguk hari2 kak, maklum tepi bilik solat je... heheheh

      Delete
  4. sedapnya kalau buat ulam.Hu3.Syu punya kacang botol belum berbuah lagi.Kena tunggu.

    ReplyDelete
  5. Dulu waktu kecik-kecik memang selalu tanam pokok kacang botol. Rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat kampung selalunya antara ulaman wajib tanam sebab mudah hidup

      Delete
  6. Nampak menjadi tanaman. Berapa hari kena tunggu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mungkin seminggu kot dah boleh rasanya dana pun tak pasti lagi

      Delete
  7. Wah.. best, kacang botol ni. Botol ke botor? Akak panggil kacang botol. Antara feveret ulam akak, selain ulam raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ul raja pun dana ada tnm tp sepokok je kak, belum membiak lagi heheheh

      Delete
  8. Sedappp tuuuu kacang botol dijadikan ulammmm. Tapi biasanya berapa lama nak kena tunggu kacang botol tu betul betul boleh dimakan ya kak dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak besar jari kita boleh ambil dah, kalau tua sangat keras tak sedap

      Delete
  9. Dulu kat sekolah ada kawan wak, cikgu cakap kacang botor tak tahu
    Bila wak cakap kecipir, dia cakap ooowh baru tahu.
    Jowo tenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe yelah wak, org kampung panggil kecipir kalau sebut kacang kelisa lagila xkenal

      Delete
  10. Sedapnya kacang botol kalau buat ulam cicah sambal belacan...makan dgn nasi panas fuhh..!

    ReplyDelete
  11. Dana beli benih kat mana dana..elok nampak subur pokoknya

    ReplyDelete
  12. kalau berbuah sdg muda petik cpt sebelum tua nanti xlarat nk simpan benihnya bila tua n msk

    ReplyDelete
  13. Pokok kecipir ni cepat berbuah kan Dana. Kalau tak dibelek 2-3 hari, besar dah buahnya.

    ReplyDelete
  14. semakin byk tanaman kak dana nmpaknya..suka shida tgk kak :)

    ReplyDelete
  15. kacang botol cicah sambal belacan dgn gulai..sedapnya kak dana ....

    ReplyDelete
  16. Aakak suka!!!suka buat ulam cicah sambal belacan..

    ReplyDelete
  17. Bestnya.. ulam kesukaan Sha ini.. Rasa macam nak suruh encik suami buat dia punya rangka je.. hahaha..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...