Monday, June 28, 2021

POKOK PADI MAKNGAH

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas Makngah adik nombor 2 aku ada hantar gambar. Bila tengok eh pokok padi lah, teruja pulak menengoknya. Katanya dia beli sekam padi untuk projek tanaman dia tapi tak sangka ada 1 tu yang ada padi.  Mujurlah pokok ni tumbuh dalam pasu kalau kat tanah comfirm kene cabut atau racun. Ini pun mulanya dia nak cabut, tapi mak cakap itukan pokok padi. Dia pun tak jadi cabut dan tunggu sampai kan lah berbuah. 

Aku gurau kat makngah, nanti beli benih padi tanam banyak sikit heheheh... Itulah kisah hari ini ya. Makngah ni memang suka menanam, dia pernah tanam pokok epal, pokok oren, pokok kiwi dan anggur. Tapi semua tu tak berbuah cuma anggur dia je berbuah dan pernah kami rasa hasilnya. Sekarang lockdown dia dan makyan tak kerja, itu yang dia sibuk buat projek menanam pokok di sekeliling rumah.

Kalau tengok sekali imbas mesti ingat lalang kan


Berapa lama lah nak matang tu kan 

14 comments:

  1. Tanam padi, tumbuh pokok padi. Sekarang padi dah berbuah! Yang tak ada sawah padi bolehlah tunjuk kat anak-anak, inilah pokok padi. Dari padi dapatlah beras. Dari beras dapatlah nasi yang kita makan hari-hari.

    ReplyDelete
  2. haa betol la skali tgok mcm lalang.. kalo xde padi tu dh lama cabut ingtkan lalang.. haha

    bestnya dpt merasa anggur tanam sendiri! sy ni kalo bab menanam mmg fail.. hehe

    ReplyDelete
  3. Hehe tanam pokok-pokok yang jarang orang biasa tanam. Wah menjadi anggur. Baik tanam lagi anggur. Moga berjaya projek menanam. Elok itu hobi masa ini. Harap dapat banyak hasil.

    ReplyDelete
  4. Sejuk tangan makngah tu. Boleh tumbuh pulak padi tu ye, bukan tempat dia kat bendang atau tempat berair ke? Hehe..

    ReplyDelete
  5. memang rare ni tanam padi kat rumah :) boleh la tunggu jadi beras untuk makan :P

    ReplyDelete
  6. adala juga hasilnya kan walaupun sedikit hehehe

    ReplyDelete
  7. Haah lah kak dana, sekali pandang nampak macam lalang.
    Wahhhh dapat makan anggur hasil tanam sendiri, memang sedappppp.

    ReplyDelete
  8. Wah…pokok padi hidup di Pontian! Hehe
    Bagus adik-adik Dana, tak boleh kerja..cari kerja keliling rumah.

    ReplyDelete
  9. comelnya ada setangkai padi hehehe

    ReplyDelete
  10. boleh buat projek tanampadi pulut dlm pasu...dh matang sikit senang nk mengemping..

    ReplyDelete
  11. Seronoknya tanam padi menjadi walaupun sebatang cuma. Dia punya happy tu lain macam. Duduk kampung seronok tanam macam-macam. Mana menjadi ada hasil tu rezeki.

    ReplyDelete
  12. Teringat plak akak dengan Mak Abah bersawah masa akak kecik2 dulu....zaman tu memang best...bestnya kalau ada tanah keliling rumah luas macam ni...boleh tanam macam- macam

    ReplyDelete
  13. Wah.. pokok padi.. Tak sabar nak tengok hasilnya.. best kalau tanam dan menjadi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...