Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi dengan kawan-kawan resepi sambal goreng jawa. Cumanya sambal goreng aku ni tak berapa cukup bahan, tempe dengan kacang panjang takde, tapi kira jadi lah janji sedap. Cuma nya sambal goreng jawa ni ada pelbagai cara dan versi ,ini cara aku biasa buat.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak.
Bahan-bahan:
4- 6 biji cili bangla, hiris
5 ulas bawang putih, hiris
3 biji bawang besar hiris
1 batang serai, ketuk
Sedikit udang kering
1/2 kiub ayam
Sedikit asam jawa
2 - 3 sudu besar kicap lemak manis adabi
Minyak untuk menumis
Gula/garam
3 biji kentang, potong nipis dan goreng
3 keping tauhu potong dan goreng
1 biji lobak, hiris memanjang
3 keping kobis, hiris nipis
4 keping tauhu kering, potong dan rendam
1 genggam suun, rendam
5 keping cendawan hitam kering, rendam & potong *
10 ekor udang *
Cara masak:
- Tumiskan semua serai, bawang putih, bawang merah,udang kering dan cili api bangla hingga kekuningan.
- Masukkan cendawan, tauhu kering, kobis dan udang, kacau dan tutup kuali hingga layu kobis dan bahan lain masak.
- Masukkan lobak, kacau lagi lepas tu masukkan kentang dan tauhu kacau rata, perasakan dengan gula garam dan asam jawan.
- Masukkan kicap dan air sedikit kacau lagi, akhir sekali masukkan suun. Kacau lagi hingga kering dan siap.
* Bahan ini tak letak pun takpe atau boleh ganti dengan yang lain.
Tumis ini hingga layu |
Masukkan bahan yang keras atau perlu masak lama sedikit |
Dah layu, masukkan bahan lain |
Masukkan lobak kacau lagi |
Tauhu tu patut aku potong baru goreng tapi silap teknik |
Suun masuk akhir sekali ya |
Kalau ada kacang panjang lagi cantik warna |
Dah siap... |
Sedapnya.. sy suka sambal goreng jawa nii.. Ishh, macam nak kena masak ni nanti.. hehe
ReplyDeletelama tak mkn sambal goreng jawa ni
ReplyDeletekalau ke Sabak menu wajib ada ni
Oh ada guna cendawan hitam. Ok juga tukar bahan sayur.
ReplyDeletemakan juga..adik akak yg masak
ReplyDeleteSedapnya! Kalau begini Kak Amie boleh ratah semangkuk tau. Nasi tolak tepi dulu.
ReplyDeleteSedap ni, Dana. I like! :)
ReplyDeleteKalau dapat kt akak mkn dgn nasi impit ni
ReplyDeletesedapnya 😋 nak try lah!
ReplyDeletex penah lg rasa sambal jawa
ReplyDeleteSedappp tu! Boleh cuba next time hehehe
ReplyDeletekalau raya mestilah ada menu ni baru sempurna.
ReplyDeleteKalau mak wak buat tak letak sayur atau udang
tapi tempe wajib ada.
oh mcm ni style kak dana..lain skit dari saya heheee ^_^
ReplyDeletesedapnyeee lahai :p
Sedapnya menu mcm ni lengkap semua nutrisi..terbaik
ReplyDeleteSambal goreng jawa...mmm sedap tu..,saya pun keturunan jawa,
ReplyDelete.......
filem10minit.blogspot.com
Filem seram pendek percuma
Ohhhh ohhhh sedap sgt ni Dana.. Tqs kongsi resepi
ReplyDeleteFavourite ni. Cendawan tu macam susah nak dapat. Kalau ada stok tempe dan kacang lagi sedap tu. Tak ada stok, kita masuk apa yang ada je lah kan :)
ReplyDeleteterliur betul tgk ni huhuhu
ReplyDeleteNampak sedap..akak tak berapa suka tapi boleh la makan..kadang kawan- kawan opis bawak
ReplyDeleteAdoi.. Memang A lah sambal goreng jawa Dana nie..
ReplyDeleteMeriah bahan-bahannya..