Thursday, April 1, 2021

PHOTO DIARY #13/2021

 Assalamualaikum semua,

Sekejapan sudah hari khami, esok jumaat rasa macam nak cuti. Rasa nak melepak kat rumah, bangun lambat layan drama korea. Tapi fikir balik sabtu pun aku melepak je kerjanya kat rumah cuma tak boleh bangun lambatla. Nak masak sarapan sebab Edy kerja, nanti kita fikirkan macamne yek. 

Jom lah kita layan cerita bergambar.

Bunga ros oren ni sekarang makin galak berbunga, sebelum ini dia hampir nak mati tapi tiba-tiba je subur. Pasunya macam kecil ingat nak tukar pasu lah nanti

Pokok asparagus daunnya terlentok cepat betul naik daunnya

nampak tak asparagusnya tu, cecepat aku patahkan ambil kalau tidak lambat dia keluar daun lah semakin semak

aku dah rasa stress dengan rumput sekitar pasu ini semakin subur membiak, nak bersihkan pulak susah... menyesal den

aku dah join geng makcik mangkuk tingkat hehehehhe

antara menu  yang rajin di bawa

biskut telinga hitam, korang kenal tak?

jajan masa aku sekolah rendah dulu, tak sangka sekarang ada lagi

dah lama tak makan limau bali

sandwish untuk makan malam bia malas makan nasi

cincin masa risik yang diterima 12 tahun dulu, masih lagi muat mujur lah kadang ketat jugak

Semala kat pejabat ada jamuan, rela ku telan banyak ulam dan sayur

malam kelmarin hujan lebat tengok pokok ubi aku... senget sampai

pokok kemboja pun sampai terpusing pucuknya

Patah 1 dahan kemboja, mujurla kecil je

Kudapan kalau kot lapar bila makan banyak salad hehehe

ini mangkuk tingkat hari ini... 1 set

sarapan, snack dan lunch nanti 

19 comments:

  1. First time tengok pokok asparagus. Senang tak nak tanam? Btw, cantik mangkuk tingkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitula pokoknya... akak beli tu dari anak dia tinggal jaga lah hehehe..

      Delete
  2. wow cincin merisik muat lg??! terbaik hehehe

    ReplyDelete
  3. Jimat bawa bekal sendiri.
    Suka makan asparagus ya?

    ReplyDelete
  4. Limau bali akak suka yg masam2 sikit

    ReplyDelete
  5. Masih muat cincin risik tu ye. Alhamdulillah, kira maintailah bentuk badannya dari dulu hingga sekarang.

    ReplyDelete
  6. cantik pokok asparagus tu kak dana. sedap sedap menu bekalan. Lama tak makan limau bali.

    ReplyDelete
  7. itulah..bila part berkebun ni paling rimas tengok rumput tumbuh subur kemain..

    ReplyDelete
  8. Wah! 12 tahun berlalu tapi masih muat cincin risik hehehe.
    Bagusnya akak bawak bekal gi kerja tapi kena rajin masak lah kan hehehe.

    ReplyDelete
  9. Macam-macam jugak tanaman Dana tu. Siap ada pokok ubi.

    ReplyDelete
  10. blink2 mata tengok mangkuk tingkat kau, Dana 🤣🤣

    omg!! aku baru tau tu pokok asparagus, selama ni ingatkan bunga daun camtu je, mana nak tau dia bakal menjadi asparagus. sakai nya aku 🤣

    ReplyDelete
  11. kita pun nak join geng mangkuk tingkat jgk la..comel jea..

    ReplyDelete
  12. Lawanya mangkuk tingkat Dana..
    Dana, senang ke tanam asparagus tu?? Macam best pula tengok pokok asparagus Dana tu..

    ReplyDelete
  13. biskut telinga hitam? first time dgr tu hahaah

    ReplyDelete
  14. Kak dana, baru td ternampak kat trafik light bikut telinga tu..ade org letak iklan hahaa..aduihh tiba2 ternampak kat entri kak dana..terus ketawa hahahaa ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...