Assalamualaikum semua,
Isnin baru ini aku ada hantar roti bun ke kedai puspanita yang baru di buka semula di lobi pejabat. Sebelum ini memang kedai tu ada jual pelbagai makanan dan jadi port lepak Aiyan bila balik sekolah tapi masa PKP ia ditutup dan sekarang dibuka semula dengan pengurusan baru.
Kawan yang jaga kedai mengalu-alukan untuk ada yang menghantar makanan untuk dijual disitu. Ada seorang kawan yang biasa pesan roti sardin dari aku suruh aku hantar roti ke kedai tu. Mulanya memang aku tak nak hantar, malu pun iya maklum la aku masih belum pakar lagi. Tapi aku cuba juga hari isnin hantar 17 bungkus , petang tu sebelum tutup kedai adik yang jaga kedai kata ada 3 biji lagi. Dia minta aku hantar lagi, selasa aku hantar lagi 16 biji sehingga petang semalam tinggal 9 biji lagi. Pagi tadi aku ke kedai dan tinggal 3 biji lagi. Insyallah kalau diminta esok aku hantar lagi.
Seronok jugak rasanya, moga selepas raya nanti masih diminta hantar roti lagi.
3 jenis roti je aku hantar setiap hari |
Berdebar juga masa nak hantar |
Roti sardin yang ada ramai peminat |
Hari pertama masa aku datang waktu tengahari dengan Aiyan, ada lagi 6 biji |
pelanggan pertama fries di kedai puspanita |
Pagi hari kedua tinggal sebiji sebelum aku tambah lagi 16 biji |
Ini pagi tadi, tinggal 3 biji... alhamdulillah |
Awal pembukaan, masa ni baru usha kedai lagi hehehhe |
lebih luas dari sebelum ini |
Alhamdulillah harap-harap berterusan hantar.
ReplyDeleteitulah kak... amin
Deletealhamdulillah... bagus kedai puspanita ni...buka peluang pada IKS dan homemade bakery
ReplyDeletemereka memang dulukan kami ahli puspanita dan warga jupem
DeleteAlhamdulillah, moga moga berterusan.
ReplyDeleteSemoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah kak dana dan keluarga :)
amin terima kasih untuk doa buat akak
DeleteAlhamdulillah..tak salah mencuba. Semoga jualan roti kak dana terus laris. Aaminn
ReplyDeleteamin.... moga Allah makbulkan
Deletemoga masinla tulisan akak nih... amin
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga semakin miraj rezeki dana
ReplyDeleteAlhamdulillah.. satu permulaan yang baik Dana.. Semoga jualan Dana akan lebih maju dan berkembang..
ReplyDeletealhamdulillah rezki dana rajin usaha ada hasilnya
ReplyDeletewah rezeki tu...smoga jualan roti dana trus berkembang
ReplyDeleteAlhamdulillah!! semoga kak dana sentiasa dimurahkan rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah laku keras..kak dana!
ReplyDelete