Wednesday, April 7, 2021

MENCUBA NASIB MOGA ADA REZEKI

 Assalamualaikum semua,

Isnin baru ini aku ada hantar roti bun ke kedai puspanita yang baru di buka semula di lobi pejabat. Sebelum ini memang kedai tu ada jual pelbagai makanan dan jadi port lepak Aiyan bila balik sekolah tapi masa PKP ia ditutup dan sekarang dibuka semula dengan pengurusan baru. 

Kawan yang jaga kedai mengalu-alukan untuk ada yang menghantar makanan untuk dijual disitu. Ada seorang kawan yang biasa pesan roti sardin dari aku suruh aku hantar roti ke kedai tu. Mulanya memang aku tak nak hantar, malu pun iya maklum la aku masih belum pakar lagi. Tapi aku cuba juga hari isnin hantar 17 bungkus , petang tu sebelum tutup kedai adik yang jaga kedai kata ada 3 biji lagi. Dia minta aku hantar lagi, selasa aku hantar lagi 16 biji sehingga petang semalam tinggal 9 biji lagi. Pagi tadi aku ke kedai dan tinggal 3 biji lagi. Insyallah kalau diminta esok aku hantar lagi. 

Seronok jugak rasanya, moga selepas raya nanti masih diminta hantar roti lagi.

3 jenis roti je aku hantar setiap hari

Berdebar juga masa nak hantar

Roti sardin yang ada ramai peminat

Hari pertama masa aku datang waktu tengahari dengan Aiyan, ada lagi 6 biji

pelanggan pertama fries di kedai puspanita

Pagi hari kedua tinggal sebiji sebelum aku tambah lagi 16 biji

Ini pagi tadi, tinggal 3 biji... alhamdulillah
Awal pembukaan, masa ni baru usha kedai lagi hehehhe 

lebih luas dari sebelum ini

16 comments:

  1. Alhamdulillah harap-harap berterusan hantar.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... bagus kedai puspanita ni...buka peluang pada IKS dan homemade bakery

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka memang dulukan kami ahli puspanita dan warga jupem

      Delete
  3. Alhamdulillah, moga moga berterusan.
    Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah kak dana dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. semoga terus berkembang jualan rotinya ni. Mana tau nanti boleh jadi pengusaha roti pulak.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tak salah mencuba. Semoga jualan roti kak dana terus laris. Aaminn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga semakin miraj rezeki dana

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. satu permulaan yang baik Dana.. Semoga jualan Dana akan lebih maju dan berkembang..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezki dana rajin usaha ada hasilnya

    ReplyDelete
  9. wah rezeki tu...smoga jualan roti dana trus berkembang

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah!! semoga kak dana sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah laku keras..kak dana!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...