Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi resepi ayam halia yang mudah dan ringkas. Ini resepi yang aku olah supaya lebih mudah tapi rasanya tetap mantap. Rasanya pun sedap sampaikan Aiyan dok puji...
'Mama masak apa ni? Bau sedap la' 😁😁
Bahan-bahan:
2 bahagian dada ayam dan sedikit tulang
2 -3 inci halia, potong nipis dan memanjang
1 biji bawang holland hiris nipis
3 ulas bawang putih, ketuk
6 biji tomato ceri, potong 2
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( suka pedas lebihkan)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Cara masak:
- perapkan ayam dengan dengan serbuk lada hitam dan sos tiram
- tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau
- masukkan ayam dan tumiskan dengan bawang, tutupkan kuali dengan penutup biarkan ayam masak
- bila ayam dah masak, masukkan tomato , kicap dan garam gaul sekejap dan matikan api
Siap... kalau ada daun bawang pun boleh letak akhir tu.
Ini bahan utama |
Tumiskan bahan hingga naik bayu tak perlu hingga tukar warna |
Masukkan ayam gaul-gaul dan tutupkam |
Bila ayam dah masak masukkan tomato, kicap dan sedikit garam |
Siap... sedap tau |
Yeay boleh cuba sebab senang. Kebetulan ada cebisan daging ayam bahagian dada.
ReplyDeleteYa, memang sangat mudah tapi sedap kak
DeleteWOW SEDAPTU HALIA MUFA POTONG HALUS
ReplyDeleteBetul tu kak hiris halus kalau makan pun sedap halianya
DeleteMenu yg simple tp sedap kan dana..akak suka letak halia muda byk2 lps tu mkn sekali dgn halia utk buang angin
ReplyDeleteKt umah ada halia tua je kak tp ttp sdp mkn sbb hiris halus heheeh
DeleteFavorite! Masak pun simple ajeee hehehe.
ReplyDeleteSimple tapi sedap
Deletelama tak sempa singgah sini, singgah2 terus lapar haa hahaha
ReplyDeletehehehehe itulah setiap jumaat memang segmen resepi sabtu ahad kekadang je rajin buat entry
Deletedia punya bawang...besau besau... senang nak ketepikan kan aiyan?
ReplyDeletehahaha bawang tu selalu emaknya yang suka makan
DeleteResepi yang mudah dan menarik.. Best nie..
ReplyDeleteTentu sedap ni
ReplyDeletei love this menu
ReplyDeleteSedap ayam masak halia ni. Ringkas dan cepat. Buat menu sahur ni sesuai sangat. berselera makan :)
ReplyDeletesedapnya! tq kak dana kongsi resepi :)
ReplyDelete