Assalamualaikum semua,
Maaf ye kawan-kawan semalam kan cuti, sampai terlupa nak buat entri baru. Hari jumaat, hari berkongsi resepi ya. Bulan puasa tahun ini memang aku sangat malas, masak untuk berbuka pun sangat ringkas je. Kadang sampai 2 hari aku tak masak berbuka bila Aiyan asyik nak makan roti telur kedai sebagai menu berbuka.
Ini mesti ramai yang dah cuba kan, menu dari Khairulaming yang `whats up guy` tu. Aku beli air fryer gara-gara nak cuba beberapa menu dari dia lah ni. hahahha sanggupkan. Tapi menu ini memang mudah ringkas dan sedap.
Bahan-bahan:
Perap ayam:
1/2 ekor ayam potong sedang
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1/2 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
2 sudu besar minyak
* sepatutnya guna kicap pedas manis mahsuri ( cari tak jumpa jadi aku tukar letak kicap manis dan sos cili)
Bahan Sos:
6 biji cili bangla, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
2 sudu gula
2 sudu besar sos nampla
1 sudu besar sos tiram
1 biji lemon , perah ( boleh guna limau lain dan guna lebih limau)
2 pokok ketumbar, hiris halus
Cara masak Ayam:
- Perapkan ayam dengan semua bahan selama 30 minit atau lebih
- Masak dalam air fryer suhu 180 selama 18-20 minit ( ikut pada air fryer masing-masing)
- Bila dah masak keluarkan ayam dan boleh siramkan sos atau letak asing
Cara sediakan Sos:
- Tumbukkan cili api, bawang putih dan gula tak perlu halus kasar-kasar je
- Tambahkan bahan lain, kacau dan siap
Senang kerja kan |
Aku perap untuk 30 minit |
saja aku tumbuk dengan gula sekali |
daun ketumbar wajib ada tau |
Memang sedap... percayalah |
Jangan masuk banyak terus nanti tak masak rata |
Masa ini aku guna suhu 200 selama 20 minit, geseng ko... mujurla kulit je ayam masih elok lagi |
Bakar kali ke dua, suhu 180 selama 18 minit lebih kurang. Mujurla elok |
Menggoda rupa dia tau, bau semerbak |
curah dengan sos, sedap |
close up sikit |
ini lah kicap pedas manis mahsuri tu, semalam laki baru dapat beli... 2 botol sekali dia beli... |
abes ayam yg mula2 terbakar hangus kulit tu still leh dimakan kannn., ;p
ReplyDeleteboleh lagi wak... sedap lagi
Deleteadus menggoda betul pagi2 baca tau. bila curah sambal tu nampak umphh
ReplyDeletesila lah buat, sodap
Deletenampak sedappp tu Dana
ReplyDeleteayammm haruslah kalu kat umah pun
anak2 ni ayam lauk nya hari2 pun tak apa
ini lepas Edy dah beli kicap manis pedas lagi lah nak kene buat lagi heheheh
Deletekalau bakar dlm air fryer guna suhu 200 memang rentung kulit ayam..haha. nasib baik kali kedua cantik je akak masak :)
ReplyDeleteitulah sebab khairulaming kata 200 kita ikut jelah., hehehe tapi mungkin air fryer dia besar kot hehehe, mujur lah boleh lagi dimakan
Deletesos cara thai dia tu mengundang betul kan...tapi belum try lagi buat ni..
ReplyDeletehehehe mudah pun iya dik oi, sila lah cuba nanti
DeleteAkak suka masakan ayam yg kering tak berkuah mcm ni..meratah..
ReplyDeletetulah kan kak, ingat nanti petang nak masak lagi... sebab dah beli kicap mahsuri tuh
Deletemmg rmi dh cuba tp tula kicap mahsuri tu sold out...akak pn tk try lg...sos thai tu mmg akak slalu buat mkn ngan ikan or sotong sebelum ni..mmg yummyyy
ReplyDeletedana dah beli dah kicap mahsuri tuh wajib buat lagi heheheh
DeleteKuat betul pengaruh khairulaming ni hahaha
ReplyDeleteNasib baik kulit ayam je rentung, isinya boleh dimakan lagi.
Mungkin ikut jenis air fryer kot kan kak dana tapi mujur second time masak tu cantikkk kejadiannya hahaha.
heheheh memang kuat, dah beberapa tahun memang asal puasa tunggu resepi yang dishare
DeleteAkak tengok pun nampak sedap, Dana. :)
ReplyDeletennti cuba buat kak
DeletePantas bertindak. Akak tengok gak KA buat sambil terliur, tapi itulah...belum bertindak lagi..haha
ReplyDeleteyang mudah boleh la kak heheheh
DeleteSedapnya, elok kejadiannya tu..samalah ada minggu yang malas rasa nak masak,tak tau knapa penat rasa.
ReplyDeleteitulah, bila kerja kadang mood tu tak mari, tak boleh nak kata apa heheheh
DeletePergh.. Sedap ni.. Ringkas dan mudah nak dibuat..
ReplyDeletebetul tu kak, selamat mencuba
DeleteMenyelerakan betul. Makan pulak tu dengan sos. Tergoda kita kak. Ini yang macam gigih jugak nak membeli air fryer :)
ReplyDeletebeli dik, banyak kegunaannya.... heheheh
DeletePatutlah anak dara wak selalu sebut menu Khairulaming.
ReplyDeleteIngatkan nama boipreng dia.
heheheh instafamous tu wak, dia suka kongsi resepi mudah bila bulan puasa... itu orang suka tunggu
Deletesedap weh. aku pun suka kicap tu, sentiasa ada stok kat rumah, lebih2 lagi skrg ada free oyster sos kecik free
ReplyDeletetapi selalu asik abis stok je wei
Deleteselamat hari pekerja jgn cuti masak pulak ya
ReplyDeleteheheheh hujung minggu selalunya rajin sikit kak
DeleteSuhu 200' bakar 20 minit memang boleh gosong tu Dana. Kak Amie biasa guna suhu 180 jew. Sosnya tu mengancam sungguh...dengan daun ketumbarnya lagi. Memang sangat sedaplah cecah dengan ayam...nyum nyummm!
ReplyDeleteheheh tulah kak, silap sendiri mujurla boleh makan lagi ... itulah sos nya cicah dengan macam-macam pun sedap kak
DeleteBoleh cuba buat sos. Hehe kalau sos sedap, cicah dengan apa pun sedap. Kena cari sos nampla.
ReplyDeleteye, sos thai tu memang sangat mudah dan sedap
Deletewalaupun rentung yang tu paling sedap... hehehe. kicap jenama mahsuri rasa belum jumpa lagi kat tempat saya.. nnti la nak survey
ReplyDeletekicap tu baru lagi ustaz, cuba cari di pasaraya besar mungkin ada
Deletei like resipi yg simple camni 😍
ReplyDeletei like too
Deleteberbunyi perut tengok gambar ayam..
ReplyDeleteresepi KA mmg semua simple kn tp menjadi dan sedap
ReplyDeleteYa allah sedpanya...nak cuba la nanti...
ReplyDelete