Monday, May 3, 2021

PELITA MODEN

 Assalamualaikum semua,

Kalau kat kampung selalunya bila dah tinggal 10 hari terakhir abah akan pasang pelita, dari aku kecil lagi memang selalunya gitu. Bila kami besar sikit aku dan adik-adik la yang akan pasang pelita, dari pacak kan batang untuk pelita, isi minyak tanah dan letakkan hidupkan pelita. Petang kami akan letak pelita kat batang kayu lepas solat maghrib baru hidupkan api pelita, esok pagi nya kumpul semula untuk diisi minyak tanah. Tapi bila dah besar ni abah kata pakai lampu je, senang kerja.

Bila dah 2 tahun tak dapat balik sambut puasa dan raya di kampung rindu suasana tu. Baru-baru ini aku ada beli lampu mini solar , mula nya aku beli 4 lampu je. Edy pasang, eh cantik jugak walaupun cahaya nya minimum sangat tapi nampak cantik pulak. Jadi aku beli lagi 6 lampu mini solar yang ada 2 jenis lampu. Hujung minggu baru ini suruh Edy pasang, ada 1 lampu yang takde batang panjang, entah mana datang idea dia ikat lampu ini dengan kayu buluh dan jadikan tinggi macam pelita. Kayu buluh tu aku beli untuk ikat pokok yang terlentok dek kena hujan. Bila malam tu tengok lampu ni, wahhhhh cantik. Bahagia je rasa macam nak ajak lepak luar rumah sambil layan lampu hehehhe. 

ini lampunya

siang dia charge tenaga solar malam menyala


Sebab tengok cantik, eh aku pun beli lagi heheheh 

Ini minggu lepas, Edy cuba pasang... letak kat bawah pokok kemboja


Masa ni hujan ambil gambar dari dalam rumah... 

cantik pada pandangan mata aku


lampu lip lap memang ada pasang... 

Ini pandangan dari rumah maktek... 


Edy ambil malam tadi masa dia nak pergi solat terawih

Balik solat terawih, yang bawah pokok dah mati tinggal tepi tu masih menyala lagi

Ini gambar aku ambil pagi tadi masa nak gerak ke pejabat, masih menyala lagi yang tepi

22 comments:

  1. Makin mudah boleh terus guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, kalau panas lama lah dia menyala, kalau mendung cepatla dia malap tapi kira ok jugak

      Delete
  2. Haah lah kak dana, nampakkk cantikkk pulak bila letak dekat pokok tuuu walaupun cahaya dia tak terang mana, tapi still boleh nampak cahaya dari jauhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, nampak cantik bila dia tinggi gitu dah macam pelita betul

      Delete
  3. hari tu nak beli gak yang ni..tp tak jadi sebab suami belikan pelita betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelita betul tu lagi best kan, cuma kene rajin isi minyak dia tu

      Delete
  4. Lama juga ye, dia menyala. Cadangan yang bagus, Dana. Kalau pelita biasa, penat nak kena refill minyak tanah. Lagipun sekarang dah takde orang jual minyak tanah. Kena pakai diesel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang dana beli baru tu tahan lama jugak, dari maghrib sampai ke pagi masih menyala memang tahan betul

      Delete
  5. cantik jugak guna tu dana... xpe la hiburkan hati sendiri yg x boleh balik kpg.. nnt jgn lupa update blog byk² ye ms raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak janji matahari keluar malam tu terangla dia... raya nanti dah tak kemana insyallah kita up entry

      Delete
  6. Kalau yang betul tu, akak malas bab kena kutip, kena isi minyak. Aduh,,.pemalas betul..haha
    Kelmarin nampak pelita moden ni kat kedai, macam nak ambik tapi dok fikir camne nak dirikan. Rumah takde tanah. Tak jadi amik. Sekarang dah ada idea, ikat la kat tiang-tiang balkoni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak nk kene isi minyak tanah tu yg malas tapi kalau kt kampung cantik.... itulah kak ikat je kat balkoni ke apa janji ada nampak cantik...

      Delete
  7. Feeling dok kt kampung pulak kan Dana...pasamg pelita bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah kak, kalau rumah ada laman mau sampai ke jalan dana letak

      Delete
  8. cantik. Bagus juga pelita moden solar ni. Lama juga bertahan menyala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tak sangka lama juga tahan.. akak bayang kot paling lama pun sampai tengah malam je

      Delete
  9. meraian tiba malamakhir ramadan n mengindahkan malamnya

    ReplyDelete
  10. Alaaaaa...x sempat nak beli...kalau order skrg sure lambat sampai..dia charge guna tenaga matahari kan...senang macam ni

    ReplyDelete
  11. meriah pasang pelita time malam puasa ni :)

    ReplyDelete
  12. Tahun ni wak tak pasang pelita.
    kalau tau ada pelita moden macam ni, siang2 dah beli.

    ReplyDelete
  13. Wah.. Bestlah.. Boleh letak dekat depan rumah ini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...