Friday, May 21, 2021

RESEPI LEPAT PULUT

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang istimewa, sebab pertama kali aku buat. Entahla tiba-tiba dapat teringat dan teringin lepat pulut ini. Dulu masa raya arwah nyai aku selalu buat, dia memang pakar lincah je jari dia buat kerja ikat lepat ni. Aku selalu jadi tukang tengok jelah. Bila arwah nyai dah meninggal, lama tak makan lepat ini. Mak pun tak berapa pandai nak ikat lepat ni, jadi memang jarang la dapat makan. Kadang ada orang jual yang dah siap masak, tapi jarang sangat dapat jumpa.

Baru-baru ini aku teringin pulak, siap google resepi dan cara nak lipat lepat ini. Mintak resepi emak dan mak pesan la ikat dulu lepat ni dengan getah lepas tu baru ikat dengan tali rafia. Tak boleh ikat dan rebus dengan getah gelang tu nanti jadi pahit pulak lepat nya. Ini antara menu keturunan jawa Johor. Ada yang suka letak kacang atau pulut hitam tapi aku suka yang kosong gini, lagi nikmat.

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut (rendam untuk beberapa jam dan toskan)

1 biji kelapa parut (lebihkan lagi pun boleh, mak kata lagi banyak lagi sedap)

sedikit garam

Janur (daun kelapa muda)

Tali rafia

gelang getah

*Sepatutnya beras pulut tu tak perlu kukus dulu, tapi aku tak pakar takut kang bobos semua beras pulut tu kalau tak kukus hehehhe.

Cara masak:

- Mak pesan suruh aku kukus sekejap beras pulut supaya senang untuk aku ikat nanti. 

- Bila beras pulut dah sejuk sikit, campurkan dengan kelapa parut dan garam gaulkan rata

- Ambil janur, potong sedikit bawahnya dan jadikan kelonsong untuk letak beras pulut, ikatkan dengan gelang getah, pastikan kita padatkan beras pulut tu

- Bila dah habis ikat dengan gelang getah, gantikan ikat dengan tali rafia pastikan ketat dan sampai beras pulut terkeluar

- Rebuskan untuk 1 jam atau lebih, aku guna noxxa dan hp untuk 45 minit.

- Bila dah masak, keluarkan dan toskan.

- Aku suka makan dengan serunding kelapa atau dengan rendang.

Lepas dah kukus kejap kita sejukkan dia

Tambahkan kelapa dan garam 

gaul hingga sebati tau

gini lah kelonsong nya lebih kurang, itu korang kene tengok kat you tube tau aku pun tak pakar

Ikat dulu dengan gelang getah, lepas tu baru ikat dengan tali rafia, masa ni rupa entah camne

Dapatlah 20 batang, tapi dia punya seksa hehehe... ini sebelum kita rebus ya

Sudah siap rebus, nampak ada jugak yang terkeluar sikit tu heheheh


Ini rupa lepas masak malam tu... bau dia sedap aku suka


Mak kata, kelapa parut lebih lagi sedap 

Nampak ini menggoda ke tidak hehehe... 



Ya Allah tak sangka jadi jugak tau, serunding kelapa tu maktek yang buat

bahagia wei

24 comments:

  1. Ai ni ingatkan lepat pulut n pulut panggang benda yang sama.

    ReplyDelete
  2. sedap ni kalau bagi peminat pulut. Kami kalau buat memang tak padan dgn penat, yg makan kami je. MIL xmkn sbb angin, suami pulak xminat sgt pulut. Tapi kalau membeli, ada hidangan pulut memang kami amik.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak. menjadi akak buat. suka makan kuih tradisional bungkus dan kukus macam lepat ni. Memang bahagia kak kalau dapat makan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, xsangka juga boleh jadi elok isi tak terkwluar

      Delete
  4. rajin betul dana mencuba kan.kalaau akak ni kan..x tau la jadi apa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana ni sejenis kalu teringin mesti nak cuba buat sendiri...

      Delete
  5. Sedaaap ..

    Kalau di provinsi Jawa Barat, makanan tradisional ini dinamakan Lepet.
    Isiannya kacang kedelai hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di kampung pun di panggil lepet juga, ada yg letak kacang tapi saya tak suka letak kacang... suka pulut biasa

      Delete
  6. wahh.. nampak sedap dan macam mudah je nak membuatnya. selamat hari raya maaf zahir batin kak dana!

    ReplyDelete
  7. wahh Dana, sedap ni.Mak Mertua saya memang rajin buat lepet ni time raya.Tapi saya tak pernah lagi cuba buat sendiri.Lepas ni boleh tengok blog Dana kalau teringin nak buat.tq dana:)

    ReplyDelete
  8. Sekali pandang pulut panggang, tapi lepat pulut rupanyaaa, beza pulut panggang, pulut panggang ada inti kat dalam kan kak dana. Lepat pulut ni cecah dengan serunding.

    ReplyDelete
  9. Cara membungkusnya tu bkn sebarangan org yg mahir

    ReplyDelete
  10. masa arwah tok dulu raya dia buat camni la
    sb ktanya lg mudah dari buat lemang

    ReplyDelete
  11. baru tau ada masakan pulut gini

    ReplyDelete
  12. kat sini if daerah saratok byk ketupat ni tapi dorang guna beras merah or hitam.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah.... sedapnya Dana! Rasa nak terbang bali ke zaman dulu time raya selalu dapat makan begini.

    ReplyDelete
  14. Raya dulu2 memang ada lepat pulut ni
    Sekarang dah jarang orang buat.
    tempah lemang aje lagi senang.

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan lagi. first time baru tau pasallepat pulut ni. Power la kak dana, bila buat terus menjadi

    ReplyDelete
  16. Rajin sungguhlah Dana nie.. Nampak menarik dan menyelerakan.. Sha tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...