Thursday, May 6, 2021

PHOTO DIARY #17/2021

 Assalamualaikum semua,

Kelam kelibut semalam petang bila dapat tahu Kuala Lumpur pun kene PKP. Sekolah Aiyan patutnya isnin masih lagi sekolah, udahnya hari ini mula dah pdpr. Pagi tadi ke pejabat jalan lenggang je, aku cuti 2 hari sebelum raya. Saja je nak duduk rumah sambil kemas-kemas ke apa kan walaupun tak boleh beraya.

Jom lah kita layan cerita bergambar seperti biasa.

nuggets dan fries wajib ada setiap hari untuk menu berbuka, tapi kadang aku malas jugak nak goreng jemu nengok tapi bisingla mulut si Aiyan

Sejak aku pandai buat karipap sendiri, aku memang suka karipap bentuk bulat ni...tapi aku buat jugak lah bentuk biasa tu 

Gigih beli buluh ni dekat shopee ,letak kat pokok yang terliuk lintuk

Sesekali bila dapat fail sebanyak ini, nak ke tandas pun tahan... ada 99 fail semuanya

Menu berbuka hari ke 19, nasi putih, kari kepala dan sayur kobis tembikai wajib

Berbuka hari ke 20, Edy suruh masak nasi biryani kari daging adabi

masak banyak bagi jiran-jiran

melambung Aiyan puji nasi biryani aku tau

Mujur jadi apam coklat, Aiyan la paling suka

menu berbuka hari ke 21, mehun goreng

menu berbuka hari ke 22, Aiyan sibuk nak makan maggi kari... aku ikutkan je

Semalam semua murid PPKI dapat air kotak, ada 27 kotak semuanya

suka lah dia, air kotak RMT tapi jenama fernleaf

Kalau balik sekolah memang mata dia nampak layu penat, sampai transit lepas mandi mesti tidur

Katanya dah tidur kat transit tapi masuk kereta tidur lagi... sampai dekat parking rumah pun masih tidur lagi

semalam aku request kat Edy nak berbuka dengan kfc, tapi aku masak jugak apam solo

20 comments:

  1. Hari-hari berbuka menu berbeza.
    Haah ada hari rasa hendak makan megi sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau menu sama jemu pulak kak, tapi si aiyan wajib ada nuget dan fries

      Delete
  2. Air kotak RMT jenama fenrnleaf tuuu sedappppp gila bagi saya hehehe.
    Tapi ada lagi eh RMT zaman sekarang. Ingatkan dah tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi dik RMT tu dik, untuk murid PPKI memang diberikan RMT

      Delete
  3. Sedapnya karipap tu..ajar buat and bancuh karipap tu dana...pas tu nak resepi apam coklat...nak belajar jugak la buat kuih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pernah kongsi cara buat karipap kak, cuba cari bawah label resepi... apam coklat tu insyallah nanti dana kongsi

      Delete
  4. meriah menu berbuka tau... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu menu simple je cuma kadang ada kuih yang dibeli atau di beri jiran

      Delete
  5. Kesian Aiyan, letih dia posa. Banyak susu dapat tu.
    Akak pun teringin nak berbuka dengan maggi. Tapi, tak buat-buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sejak puasa ni nampak la kalau balik sekolah nampak letih... susu tu memang dapat sebab RMT kak

      Delete
  6. karipap bulat2..sronok aiyan dpt susu byk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh bulat macam tuan yg buat... sebelum ni setiap hari dia dapat susu tapi sebab puasa kan

      Delete
  7. Comelnya karipap bulat tu kak. kemas kelim dia. Banyak tu dapat susu, rezeki buat stok kat rumah. Alahaii ngantok sangat tu Aiyan terus tidur dalam kereta. Meriah hidangan berbuka kak dana sekeluarga. Sedap sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak kemas tapi besar2 kelimnya heheheh... susu tu meman sebelum ni dapat hari-hari sekotak sehari, alhamdulillah menu simple tapi sebab ada kuih buah tu jadi mcm meriah hehehe

      Delete
  8. meriahnya menu sedapnya apam coklat

    ReplyDelete
  9. Macam2 makanan ada.
    Seronoklah si Aiyan berbuka puasa.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. meriah menu-menu Dana..
    Menariklah karipap bulat tu.. Kalau anak Sha memang sukalah dapat makan kerak keliling karipap.. hehehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...